Ahad, 17 Jun 2012

SEMBANG PETANG 2 - TAKBIR!


Pada sembang petang sebelum ini, kami membicara isu pegawai-pegawai masjid (imam, bilal, siak) yang berpaksikan kepada fahaman parti politik pembangkang.

Sembang tersebut tidak tehenti begitu sahaja walaupun di akhir sembang masing-masing mengakui kelemahan untuk mengtasi isu tersebut.

Di hujung sembang seorang rakan memperincikan antara sebab-sebab yang tidak patut pegawai-pegawai tersebut lakukan semasa sembahyang Jumaat.

Menurutnya, ada imam ketika membaca khutbah kedua semacam “geli” nak menyebut nama Sultan atau raja yang memerintah negeri. Imam tersebut hanya menyebut secara umum  atas nama jawatan tidak menyebut nama penuh serta darjatnya. Yang peliknya berlaku kadang-kadang. kalaupun  terlangkau baris takkan tak sedar dan ia boleh diulang semula. Rosakkah khutbah kalau mengulang rangkap yang tertinggal sehingga terburu-buru menutup khutbah?

Seperkara lagi, katanya sejak akhir-akhir ini pula selepas sahaja sembahyang Jumaat berakhir, tepatnya sebaik sahaja  doa selesai, ada pula laungan "TAKBIR!" dan disahut oleh makmum (tidak semua, kebanyakannya golongan penyokong pembangkang sahaja). Laungan takbir tersebut dilakukan secara bergilir-gilir mengikut mingguan. Senang cakap, telah dijadualkan sipolan sipolan akan mengetuai  laungan takbir untuk satu-satu minggu.

Menarik juga isu ini. Sebab di masjid kariah saya tidak berlaku laungan dan sahutan takbir seperti itu. Saya bertanya dalam hati, wajarkah laungan takbir dibuat setiap kali lepas sembahyang Jumaat.

Untuk isu ini saya tidak berani melontarkan pandangan apa lagi menghangatkan sembang. Di takuti nanti melarat-larat. Maklum, di kedai kopi banyak telinga - ada nipis ada yang tebal. Tambahan pula haripun semakin senja, maghrib hampir tiba.

Cuma sebelum berpisah, saya minta rakan saya itu berbincang dengan pengerusi masjid di kariahnya untuk dibawakan kedua-dua isu itu (khutbah dan tabir) kepengetahuan pihak berwajib bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas!

JagindasWajar ke tidak. Wajar ke tidak. Wajar ke tidak…. Macam-macam le sekarang ni. Dulu-dulu tak ada pun!

3 ulasan:

  1. Kalau dah "geli" nak sebut nama Sultan tu dah kira menderhaka tu. Bukan ke Taat Kepada Raja tu termaktub dalam Rukun Negara ? Jenis apa ke orangnya tu kalau nak sebut nama Sultan pun geli ?

    BalasPadam
  2. Apa ke jenis orangnya yang geli nak menyebut nama sultan tu ? Tak menghayati Rukun Nergara ke ?

    BalasPadam
  3. ini ler golongan ngaji melangkau, codek buah peliau. orang masuk ke dalam 'dia' tunggu di luor. orang ngaji dia pun ngaji. orang ngaji ada fail ada pas...tapi yang ni tak pernah fail...pas memanjang...woahaha

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.