Sabtu, 29 September 2012

RELEKS SEKEJAP DI HUJUNG MINGGU

Selepas Selesa Dengan Bajet 2013

Selepas Isyak tadi, saya sempat berkumpul dengan rakan-rakan di warung yang biasa. Tidak lain tidak bukan tentu saja topiknya perihal bajet 2013 yang dibentang petang tadi.
             Rata-rata semuanya berpuas hati dan saya percaya rakyat jelata yang lain juga tentunya gembira dengan kandungan bajet tersebut. Syabas kepada kerajaan BN dan tahniahlah kepada Perdana Menteri serta barisan kabinetnya.
             Suatu pendekatan yang mudah. Pendek kata yang tidak faham erti bajet dan ekonomi pun boleh faham dengan mudah. Penjelasan yang panjang lebar tetapi Datuk Seri Najib menyampaikannya dengan bahasa dan lenggok yang mudah.
            Pendek kata, rakyat gembira dan senang hati. Mudah-mudahan Malaysia akan terus makmur dan rakyat akan terus bersama-sama menikmati kemakmurannya. Tentunya para pemimpin berasa selesa, manakala rakyat terima berlapang dada.
            Pembangkang? Biasalah, kalau dia tidak cela tidaklah pembangkang namanya. Lupakanlah mereka itu. Nah, mari kita berihat sebentar pada hujung minggu ini sambil meneliti laporan akhbar tentang bajet 2013. Ayuhlah kita berlapang dada:



Jagindas: Kwek mambo!, dekat-dekat dengan Shila Mambo...hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.