Jumaat, 19 Oktober 2012

PUSAT KOMUNITI WARGA EMAS DI KOMPLEKS PERUMAHAN

GAMBAR HIASAN

Kerajaan Prihatin Terhadap Warga Emas


SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya diadakan pusat aktiviti bagi golongan warga emas di semua projek perumahan dengan kelengkapan sama seperti menyediakan taska atau tadika amat wajar diambil perhatian berat oleh pihak pemaju perumahan kerana ide itu amat bertepatan pada masanya serta bersesuaian dengan kaedah penempatan rakyat masa kini terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar  baca di sini.
            Ramai kalangan warga emas sekarang menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dalam keadaan "mati angin" yang memudahkan golongan itu mendapat pelbagai serangan penyakit seperti angin ahmar (stroke) dan kemurungan.
             Menerusi pusat seperti itu juga, secara tidak langsung ia akan membentuk satu komuniti golongan warga emas di kawasan mereka di mana banyak perkara berfaedah boleh mereka lakukan bersama-sama selain daripada merihatkan minda serta diri bersama rakan-rakan.
            Malah, bagi warga emas yang hidup bersendirian pusat berkenaan amat memberikan makna kepada mereka kerana ia dipercayai dapat mengisi banyak ruang kosong dalam kehidupan hujung usia mereka.
            Ini kerana, ramai warga emas yang masih sihat tidak tahu mengisi ruang kosong dalam hidupnya dan ia sebenarnya amat merugikan dirinya sendiri malahan juga negara.
            "Di pusat itu nanti kami mungkin bertemu dengan pelbagai kaum. Selain ia mampu memecahkan minda komuniti itu juga dapat mengeratkan hubungan sesama penghuni di kawasan perumahan amasing-masing.
            "Selain itu, ia juga mungkin dapat dimanfaat sebagai tempat golongan seperti kami mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan usia kami," kata seorang warga emas yang sempat penulis ditemui di sebuah penempatan apartmen.
            Penulis melihat kewujudan pusat itu nanti akan dapat mendisiplinkan kehidupan penghujung usia warga emas daripada menghabiskan masa di warung-warung dan kedai kopi  kepada sesuatu perkumpulan yang yang lebih berfaedah.
            Bagi seorang penduduk pula berpendapat bahawa bagi warga emas bergama Islam, mereka sepatutnya menghabiskan masa-masa terluang mereka itu dengan berkomuniti di surau yang disediakan di kawasan perumahan tersebut.
            "Apa yang perlu dibuat adalah menyediakan kemudahan serta program yang bersesuaian dengan umur, kemampuan serta minat golongan terbabit sehingga mereka dapat menerima pusat itu sebagai rumah kedua mereka," katanya sebagai menyokong saranan Najib itu.


Jagindas: Kata rakan lama saya,  orang lelaki ni ada dua kategori umur. Usia dari bahagian pusat badan hingga ke atas berdasarkan kad pengenalan manakala, usia dari pusat ke bawah badan sentiasa 'maintain' 25 tahun sampailah mati... hehehe. Kalau tak percaya baca di sini atau di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.