Dari Jiwa Langsung Ke
Mental
KIRA-KIRA 14, 000 daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi
masalah psikologi dan kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan
Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan di sini
Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong
Lai, baru-baru ini mendedahkan bahawa berlaku kadar peningkatan kes budak
remaja sakit jiwa dan keadaan itu membimbangkan kerajaan berikutan remaja
adalah aset utama negara di sini.
Walaupun pun bagi kes pesakit jiwa dan mental di kalangan
penjawat awam dikatakan masih kecil namun kedua-dua fenomena ini tetap
membimbangan jika ia tidak dikesan dan dikawal dengan segera.
Selain pesakit jiwa dan gila biasa yang terus ditangani
oleh kementerian kesihatan di pusat-pusat sakit jiwa dan mental seperti di
Hospital Bahagia di Tanjong Rambutan dan Tampoi, kita juga berharap kes-kes
seumpama itu tidak akan terus bertambah seiring dengan kemajuan negara.
Ini kerana, dengan peningkatan kes seperti itu, bermakna
kerajaan juga terpaksa menambah kos pengurusan bagi menangani masalah bekenaan.
Selain itu, penambahan kes itu juga turut menampakan kelemahan kerajaan dalam
mengurus sumber manusia di bawah jagaannya.
Ketika ada pihak mengaitkan kelemahan ibu bapa dalam
mendampingi anak-anak bagi mengendurkan ketegangan hidup mereka sejak kecil,
pada masa sama juga kita ghairah membuka lebih ruang kepada kaum wanita untuk
turut berkecimpung dalam pelbagai kerjaya dalam negara sebagai usaha
memartabatkan kaum itu atau bagi memberitahu umum bahawa kerajaan tidak
mendiskriminasikan kaum wanita dalam ruang dan peluang yang ada.
Sekali gus, pembabitkan wanita dalam dunia kerjaya
sedikit sebanyak memebina jarak pemisah antara ahli keluarga dengan ibu yang
pada asasnya dipertanggungjawabkan mengemudikan pembesaran anak-anak.
Mahu tidak mahu, perkembangan teknologi seperti dunia
cyber dan pengaruh internet terpaksa dipersalahkan berikutan sumbangan info dan
pelbagai bahan buruk dan baik menerusi media itu amat di luar sempadan atau tiada
batasnya.
Begitupun, bagi penjawat awam mereka tidak boleh
menyalahkan beban kerja sebagai penyebab berlakunya tekanan sehingga mendorong
kepada pemasalah jiwa atau mental. Ini kerana, dalam apa sektor sekalipun,
tingkah laku beban kerja itu sememangnya semakin bertambah mengikut pertumbuhan
penduduk, kehendak rakyat dan bersesuaian dengan tuntutan arus permodenan serta
kemajuan dunia global.
Justeru, bagi mengelakkan imej sektor penjawat awam (mahu
pun swasta) tercalar maka, syarat berkerja dengan usia bersara pada 60 tahun
seharusnya tidak dijadikan sempadan kekal sebaliknya, bagi mereka yang telah
dikenalpasti berpotensi mendapat sakit jiwa atau mental (termasuk kerana
keturunannya), maka hendaklah diberi pilihan lebih awal selain memberikan
rawatan menerusi pendidikan kaunseling dan sebagainya.
Apapun, masalah serangan sakit jiwa dan mental sama ada
di kalangan kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa tetap akan berlaku dalam
dunia global yang dilihat akan terus berkembang menerusi teknologi moden dan
termoden selain daripada faktor keturunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.