Jika Ada Jawatan Masih 'Disekat' Bertanding
Gambar Hiasan: Kenangan lalu... |
PERCATURAN politik di Malaysia ini boleh dikatakan agak unik dan punyai
seninya yang tersendiri. Namun atas kebijaksanaan kepemiminan parti serta
kompenan masing-masing, sehingga kini negara masih stabil. Stabil dari segi
politiknya, ekonomi, sosial dan hubungannya di peringkat antara bangsa.
Alhamdulillah. Semoga berterusan begitu bahkan terus bertambah utuh.
Selagi kerajaan Barisan
Nasional (BN) memerintah dan perlembagaan yang sedia ada masih dijunjung sebagai
rujukan kerasnya, maka jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana
Menterinya (TPM) masih lagi orang Melayu yang beragama Islam dan masing-masing
jawatan itu hanya dengan satu pengisian. Yakni, tiada timbalan satu, dua atau
tiga...
Formula mudahnya setakat
ini, untuk jadi PM dan TPM kenalah seseorang itu menjadi Presiden dan Timbalan
Presiden Umno. Dan, untuk lepas ke dua
jawatan tersebut, selama 57 tahun dalam sejarah tertubuhnya Umno itu, penjawat
perlu menduduki kerusi Naib Presiden Umno Malaysia. Dalam erti kata lain,
jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presdien adalah antara jawatan
terpenting dalam organisasi pertubuhan tersebut. Makanya, tidak hairanlah
setiap kali berlaku proses pemilihan, ketiga-tiga jawatan itu menjadi fokus
atau topik panas sehingga ia boleh mempanikan penyandangnya.
Namun dalam situasi-situasi
tertentu tidaklah pula menjadi perkara asing jika berlaku seseorang ahli biasa
atau sekadar di jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) atau hanya baru berada di
Naib Presiden, tiba-tiba muncul sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden
dan timbalan presiden. Hal seperti ini pernah berlaku tetapi belum pernah
berjaya. Kerana, perlembagaan parti memang tidak menyekat sebarang pertandingan
di semua peringkat jawatan.
Dilihat dari segi logik,
jika hiraki jawatan PM dan TPM itu tertunduk kepada formula mudah organisasi
umno tersebut, maka sudah tentu laluan untuk menjadi PM dan TPM agak sukar jika
kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan apa lagi jika jawatan Naib Presiden
juga tidak dipersaingkan.
Meski umno sudah membuka
luas serta mempermudahkan jalan bagi setiap ahli duduk di kersui MT (termasuk
presiden dan timbalan presiden) namun jawatan nombor satu dan dua seringkali
kali 'dinasihatkan' supaya tidak dipertandingkan. Alasan yang lazim diberikan
adalah "demi menjaga perpaduan parti"walaupun ia diizinkan oleh
perlembagaan parti.
Sama ada nasihat itu benar-benar
ikhlas atau sekadar menghormati penyandang atau demi menjaga maruah penyandang
daripada persepsi pemimpin tempatan dan asing, tidaklah pula dapat dipastikan.
Justeru, nafsu bagi
seseorang ahli yang layak untuk bertanding tidak boleh dipersalahkan sebaliknya
tangungjawab itu adalah terletak sepenuhnya ke atas perwakilan. Bahkan, tiada
sebab dan tidak rasionallah jika seseorang ahli yang benar-benar layak
bertanding sesuatu jawatan itu 'dihalang' berbuat demikian.
Jika para perwakilan
memilih demi keutuhan bangsa, agama dan negara, maka mereka perlu bijak menentukan
siapa-siapa yang wajar menduduki setiap kerusi dalam organisasi terbesar itu.
Dengan kata lain, perwakilan tidak boleh syok sendiri. Perwakilan tidak boleh
menilik kepentingan peribadinya. Soal sahabat, rakan damai, saudara mara hatta
adik beradik mahupun sepupu sepapat perlu di tolak ketepi kerana mereka yang
duduk di atas itu adalah pada lazimnya bakal menerajui negara. Saya pernah
tulis tugas perwakilan itu di
sini.
Justeru, ahli umno yang
merasakan sudahwajar untuk menjadi perdana menteri atau memimpin negara ini
maka janganlah tertangguh-tanguh menawarkan diri untuk bertanding terutama di
tiga jawatan utama teratas.
Secara jujurnya, dalam hal ini penyandang tidak perlu berasa terancam atau panik kedudukannya dalam parti. Kerana, jika memang benar tuan-tuan diperlukan rakyat, siapapun yang menandingi anda tentu hasratnya itu tidak akan kesampaian. Dan ini amat bergantung kepada kebijaksanaan perwakilan serta sifat integriti semua pihak. Yakni, yang bertanding dan yang memilih hendaklah kedua-duanya jujur dan bijaksana.
Secara jujurnya, dalam hal ini penyandang tidak perlu berasa terancam atau panik kedudukannya dalam parti. Kerana, jika memang benar tuan-tuan diperlukan rakyat, siapapun yang menandingi anda tentu hasratnya itu tidak akan kesampaian. Dan ini amat bergantung kepada kebijaksanaan perwakilan serta sifat integriti semua pihak. Yakni, yang bertanding dan yang memilih hendaklah kedua-duanya jujur dan bijaksana.
Namun barang diingat,
tugas utama dan terpenting sekali bagi setiap anggota umno adalah memelihara keutuhan
parti dan seterusnya kekutan BN.
jagindas: Tepuk
dada tanyalah diri anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.