JACLYN VICTOR |
Jaclyn Victor Diperalat
ISU kontroversi lirik dalam lagu yang
dinyanyikan oleh Jaclyn Victor yang disifatkan sebagai nasyid gereja menjadi
perbualan ramai malah telah juga mendapat perhatian ahli politik dan pihak yang
terbabit dengan isu berkenaan baca baca
di sini.
Jaclyn
mungkin antara penganut kristian yang telah dipergunakan oleh pihak tertentu
(sama ada secara disedari mahupun tidak) untuk dijadikan medium mengembangkan
"nasyid" tersebut kepada khalayak. Jelasnya, ia bertujuan sebagai mempengaruh
dan menyesatkan umat Islam secara halus.
Tindakan
mereka ini barangkali ada kaitannya dengan kemeriahan dan perkembangan lagu-lagu
nasyid berunsur Islam di corong-corong radio dan televisyen. Manakala, nasyid
gereja tidak dibenarkan berbuat demikian atas sebab agama Islam adalah agama
rasmi negara.
Kalau
kita masih ingat sedikit masa lalu pihak gereja di negara ini pernah menuntut
supaya penggunaan perkataan ALLAH dibenarkan di gereja-gereja. Timbul suasana
kontroversi yang agak hebat juga apabila kes berekenaan turut mendapat sokongan
dan bantahan daripada pelbagai pihak. Ketika ini, nampaknya isu itu semacam
senyap. Namun, saya percaya pihak terbabit tidak akan berhenti di situ malah
mereka sentiasa mencari jalan untuk memainkan isu sensitif tersebut.
Melihat
kepada kebebasan nasyid berunsur Islam, barangkali kesempatan diambil oleh pihak
terbabit bagi menuntut hak pula mengapa nasyid kristian (agama lain) tidak
boleh disebar luaskan. Nyanyian Jaclyn mungkin satu percubaan dan lngkah
pertama menguji kesensitivitian kerajaan terhadap kaedah penyebaran fahaman
kristian di negara ini.
Sebagai
penyanyi, Jaclyn tentu akan bertanya dan meneliti dengan lebih dalam terhadap
lagu dan lirik yang akan dinyanyikan kepada penulis lirik terbabit bagi
menimbulkan mood dan roh sesuatu lagu.
Bermakna, dia tentunya memahami maksud sebenar serta hala tuju lagu itu sebelum
ia dipersetujui untuk dinyanyikan. Beranikah Jaclyn mengatakan bahawa dia
sebenarnya tidak faham, tidak sedar atau tidak menyangka ia sensitif?
Itulah
sebabnya, saya beranggapan, penyanyi Jaclyn telah diperalat atau mungkin juga dia
sendiri memang bersedia ke arah itu untuk mencabar kerajaan dalm isu sensitif ini menerusi bidangnya berikutan dia sendiri
adalah penganut kristian.
Sebenarnya,
jika dihalusi beberapa lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan yang
disifatkan berunsur Islam juga masih boleh dipertikaikan kesesuaian liriknya
yang menggunakan perlambangan atau metafora.
Lagu
seperti (sekadar contoh) "Di Pintu Mahligai" nyanyian Saleem (Iklim) dan
"Kekasih Awal dan Akhir" oleh Jamal Abdillah, misalnya dikatakan
berunsur ketuhanan yang membawa maksud ALLAH. Tetapi cuba perhalusi unsur
metafora dan perlambangan dalam liriknya, adakah jelas bermaksud ALLAH dan
adakah senikata-senikata yang digunakan sesuai untuk dikaitkan dengan ALLAH?
Namun,
barangkali oleh kerana penyanyinya melayu dan Islam, maka lagu dan lirik
seumpama itu tidak dipersoal. Bagaimana, kalau nynyian asal lagu itu
dinyanyikan oleh penyanyi bukan Islam? Adakah pendengar dari kelompok Islam
menerima lirik tersebut sebagai Tuhan yang membawa maksud ALLAH?
Demikian
juga dengan beberapa lagu lain yang banyak dihasilkan oleh komposer terkenal
seperti M.Nasir dan lain-lain. Kecuali, nasyid-nasyid yang liriknya jelas menyebut
ALLAH dan RasulNya yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid tempatan.
Harus
diingat, penulis lirik berunsur Islam jangan ghairah menggunakan perlambangan
kata dan metafora dalam liriknya seolah-olah ia setanding dengan ayat-ayat
hadis dan firman. Tidak mungkin jadi begitu!
Dan,
bagi penganut dan pejuang agama lain di negara ini, fahamilah maksud kebebasan
beragama seperti yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan tetapi anda tidak
bebas dan tidak dibenarkan sama sekali mengembangkannya kepada umat Islam
menerusi apa cara jua sekali pun. Apa jua sekalipun!
Jagindas: tidak ada nas
yang jelas menunjukkan berdakwah menerusi lagu atau nasyid..
hiiii
BalasPadamBetapa bodohnya penulis artikel ini. Gereja guna nasyid? kepala hotak mak hang itu dipanggil nasyid.
BalasPadamItu dipanggil 'lagu rohani' la, bukan nasyid.
Gereja memang sudah suda ada bermacam2 lagu spt itu sejak bertahun2 lamanya. Just engko saja kot yg terlalu sempit otak.
Untuk pengetahuan engkau, lagu tu adalah private use oleh pihak kristian, tak pernh publish kt mana2 radio or utk hebahan umum. Lagu tu dah lama tp pihak Perkasat/etc baru ja nmpak dekat youtube then buat anggapan mcm2.
& JAC tidak diperalatkan oleh pihak gereja! WTF with your mind bro? sewel suda ka? Lagu ni Jac nyanyi sebab dia tu penganut kristian sendiri.
"mungkin satu percubaan dan lngkah pertama menguji kesensitivitian kerajaan terhadap kaedah penyebaran fahaman kristian di negara ini."??
memang otak hang dah kotor sangat ni.. ada pula begitu.. aiyo.. macha2..
Apakah kesalahan dia menyanyikan lagu kristian? Salahkah dia menyembah Tuhan dia melalui lagu puji-pujian kristian? Mengapa kamu gentar dengan lagu pujian kristian? Di manakah iman kamu? Biarlah dia bebas menyembah Tuhan dia, seperti mana kamu bebas menyembah Tuhan mu. Bukankah ini negara demokrasi? dia menghormati islam sebagai agama rasmi negara dan tidak menyentuh soal agama islam. Tetapi kenapa kamu menyentuh dan mempersoalkan lagu kristian yang dinyanyikannya? Betapa berkuasanya lagu puji-pujian kristian sehingga kamu gentar kerana lagu pujian ini ada kuasa-Nya mengalir. Terpujilah Tuhan. Peace NO WAR
BalasPadamSaya bukan nak memberi apa-apa komen tentang nyanyian Jac atau lirk lagu Salem dan Jamal Abdillah tapi saya sangat berminat dengan ayat akhir entry ini.
BalasPadamTuan, memang tiada sebarang nas mahupun hadis yang jelas menunjukkan berdakwah menerusi lagu atau nasyid, NAMUN :
Setiap perlakuan dalam kehidupan ini sememangnya digalakkan untuk mengingati Allah. Sama ada membasuh pinggan, mencuci kereta, berjoging, memancing, semua perlakuan sangat digalakkan untuk mengingati Allah. Pada saya, selagi mana nasyid itu masih berpaksi pada Aqidah Islamiyyah maka tidak menjadi kesalahan untuk sesiapun memuji Allah dan Rasulullah Muhammad dalam bentuk nyanyian.
p/s : Rasanya sangat susah untuk saya menyebut satu demi satu nama-nama Allah jika tidak menyanyi nasyid. Nasyid Asmaul-Husna telah memudahkan saya mengingat nama-nama Allah.