Selasa, 15 Oktober 2013

DIALOG-DIALOG CUIT DI PAGI RAYA HAJI

Betulkan Fatihah Masing-Masing...

SATU:

orang 1: "Kalau you tak ada siapa-siapa di pejabat tanah, jangan harap nak dapat projek atau sekepal tanah pun. Apa-apa pun fulus bang.."

orang ll: "Kalau begitu, orang miskin akan terus miskin. Yang merempat akan terus merempat dan papa kedanalah?"

orang lll: "Nak buat macam mana...dah macam itu setting-nya"
 
DUA:

orang l: "Lu jangan cakap belit-belit ha! Bayar hutang, kalau lu tak mau saya kacau lu"

Bangla: (keluarkan besi mahu pukul orang l)

orang l: (keluarkan besi lebih panjang mahu lawan)

orang awam: (tolong sabarkan)

TIGA:

orang 1: "huh, setiap malam dia kalah tapi masih belum serik main judi mesin"

orang ll: "bukan kah semua primis judi mesin telah di tutup?"

orang 1: " itu di sini, di situ masih beroperasi lagi.."

orang ll: senyum meleret....(teringat Zahid Hamidi)

EMPAT:

orang 1: agihkan betul-betul daging korban itu kepada fakir miskin

orang ll: agihan korban tidak tertakluk dalam asnaf zakat fitrah

orang 1: jadi, semua orang boleh terima?

orang ll: ??? (ibadat bukan ikut-ikutan tetapi mesti tahu, faham dan jelas)

LIMA:

orang 1: Menang lagi?

orang ll: Kenapa, tak percayakah?

orang 1: Perwakilan kita masih buta atau ada udang di sebalik batu!

orang ll: Tak baik berprasangka buruk gitu...terima sahajalah keputusan akar umbi itu..

orang 1: Tidak, perwakilan tidak bawa keputusan akar umbi, tetapi undi peribadi untuk peribadi!

orang ll: Allahhuakbar!


jagindas: selamat hari raya aidil adhha...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.