Tertanya-Tanya: Bila? Bila? Bila Ha?
ESOK, lusa, barangkali selesailah agenda
perhimpunan Umno 2012, InsyAllah. Rasanya tuan presiden tidak akan mengumumkan
tarikh plihanraya atau tarikh pembubaran parlimen menerusi majlis berkenaan.
Memang tidak kenalah pada masanya untuk mengisytiharkan tarikh keramat itu di
majlis berkenaan meskipun ia sememangnya sedang menghantui rakyat lebih-lebih
lagi mereka yang memang sudah amat tergeli-geli hendak mengundi.
Namun
begitu, bayang-bayangnya sudah boleh dibaca. Walaupun pun sebelum ini Datuk Seri
Najib pernah berkata bulan Disember pun boleh di mana menurut beliau masalah musim
tengkujuh dan banjir bukan penghalang. Tetapi saya percaya takkanlah Perdana
Menteri sengaja nak mencari susah. Bak kata orang Perak - Tak ada koje cari
koje(tak ada kerja cari kerja); tak ada beban batu di galas! Nak cari nahas! Bukankah?
Makanya,
nampaklah jelas antara Januari hingga Mac 2013 satu daripada bulan-bulan
berkenaan akan menjadi bulan bertuah mencatat sejarah tanah air kerana
berlakunya pilihanraya umum ke 13. Dikatakan bersejarah sebab kononnya
pilihanraya kali ini adalah yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pilihanraya
paling mencabar dan penuh bermakna.
Jadi,
Bulan berapakah yang setepatnya? Sebelum
ini, penulis sebagai mana ahlil nujum yang lain juga pernah membuat ramalan tarikh
pilihanraya kali ke 13 ini berdasarkan pengelaman penulis ketika sekian lama
berkecimpung dalam politik tanah air - Umno.
Setakat
ini, nampaknya nujum penulis itu seakan-akan menampakan kebenarannya. sesudah
ditelek air dalam mangkok putih bayang-bayangnya macam itulah. Lihat ramalan penulis sebelum ini di sini
Biasalah,
menjelang kenduri besar itu sehinggalah selesai duit turun banyak. Bukan untk
tujuan rasuah politik tetapi belanja pengurusan. Justeru, penulis mahu ingatkan
pengurus-pengurus pilihanraya serta juak-juak di bawahnya, pastikan duit
tersebut sampai ke tangan mereka yang sewajarnya yang telah berpenat lelah
melaksanakan kerja-kerja untuk pilihanraya.
Bukan
apa, isu inilah yang sering malah pasti akan berlaku setiap kali kenduri besar
berlaku.
Jagindas: Ada yang tukar
kereta mercedes sebaik sahaja proses pilihanraya. Huh duit dari mana tu,
sedangkan duduk di kampung kerja pun biasa-biasa saja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.