Sabtu, 10 November 2012

ORANG CINA JANGAN BIMBANG LAGI


Sekolah Cina Tetap Dipertahankan!

KETEGASAN Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Muhyidin Yassin, bahawa kerajaan akan mempertahankan sekolah cina dan lain-lain sekolah di negara ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang terkandung dalam dasar pendidikan nasional tentunya mengembirakan semua pihak             di sini
            Walaupun beliau yang juga Timbalan Pedana Menteri (TPM) meminta supaya isu pendidikan tidak dipolitikan oleh semua puak politik, namun pengumuman beliau itu sedikit sebanyak akan memberikan kredit kepada politik tanah air khususnya Barisan Nasional (BN). Barangkali kalau kaki pusing, puak pembangkang juga boleh ambil kesemapatan meraih kredit politik daripada kenyataan Muhyidin itu.
             Penulis tidak mengambil kira janji TPM itu sebagai isu untuk di ulas tetapi penulis ingin bertanya dengan penegasan itu apakah yang akan terjadi kepada "Sekolah Wawasan"   klik di sini.
SEDIKIT INFO:

Sekolah Wawasan 

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
1.    Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
2.    Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
3.    Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
4.    Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 
Cerita tentang sekolah wawasan (SW) nampaknya sudah tenggelam dan bagaikan tidak lagi dipertahankan. Malah, kita pun sedar sejak ia diperkenalkan dan cuba di ketengahkan oleh kerajaan kira-kira sepuluh tahun lalu, masyarakat cina dan india tidak memberikan respons yang baik bahkan menerusi NGO-NGO cina hasrat murni kerajaan itu tidak putus-putus terus dibantah dan dibantah. Akhirnya, ia hilang lenyap dan sepi dalam arus pergolakan politik tanah air yang bermacam-macam, apatah lagi menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.


baca juga untuk renungan:
petikan ucapan tun v.t sambanthan di dewan rakyat pada 1 jun 1965

Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati
kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin
Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. 

Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."

- Sumber:  http://skgualsitok.blogspot.com


Jagindas: Setuju amat dengan kenyataan TPM: "Tiada negara lain di luar negara China dan negara lain yang bertutur dalam bahasa itu menerima sokongan kukuh seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Ia hanya berlaku di Malaysia".



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.