Cukup-Cukuplah Tunjuk Lawa
INSYAALLAH, mulai
27 Nov ini hingga 01 Disember, 2012 akan berlangsunglah perhimpunan agung Umno
2012 iaitu perhimpunan yang terakhir bagi parti terbesar tanah air itu sebelum
pilihan raya umum ke 13 (pru13). Yang demikian itu, jelaslah bahawa perhimpunan
kali ini selain dari membicarakan agenda tradisi, ia juga dipercayai akan
banyak menekankan kepada isu-isu pilihanraya.
Sementara itu, dalam sehari dua ini
akhbar juga asyik memainkan dapatan penganalisis politik Profesor Ulung Datuk
Dr Shamsul Amri Baharuddin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang kononnya
Barisan Nasional (BN) diyakini dapat mempertahankan hanya 120 kerusi daripada
222 kerusi dalam PRU13 ini.
Ada yang menggelabah semacam dan ada
juga yang gembira dengan dapatan itu yang kononnya kenyataan seumpama itu
sedikit sebanyak telah memberikan kredit kepada pembangkang. Dalam kata lain,
kenyatan seumpama itu dapat menguatkan lagi usaha pembangkang untuk meraih
lebih banyak undi termasuk undi simpati.
Realitinya, orang cina yang bukan
penyokong BN mengharapkan melayu daripada PAS dan PKR bagi melengkapkan Pakatan
Rakyat (PR) memenangi pilihanraya kali ini. Demikian juga bagi BN, selain
mengharap orang melayu Umno tidak berbelah bagi, BN juga mengharap sangat agar
orang cina dari MCA dan Gerakan terus tidak berbelah bagi menyokong BN.
Namun, dari mata kasar, mahu tidak
mahu melihat kepada perkembangan terakhir parti PAS dan rakan-rakannya, orang
melayu Umno nampaknya kembali bertaut menyokong BN. Bertaut bukan erti
menyatakan BN lah parti yang terbaik tetapi demi memelihara dan menjamin kuasa
melayu tidak hilang di tanah air sendiri. Namun, saya percaya dalam perhimpunan-perhimpunan
Umno di bahagaian-bahagian selepas ini pastinya riuh rendah! Biasalah, melayu
mudah lupa!
Pun begitu, bagi pengundi cina,
kecenderungan mereka memihak kepada parti lawan dilihat sebagai satu perjudian dan
tidak memandang pilihanraya itu sebagai suatu tingkah laku yang amat serius di
mana sebarang kesilapan tidak boleh dibuat pembetulan secara tiba-tiba.
Memang, judi dan orang cina bagaikan satu sinonim.
Namun, adalah amat diharapkan orang-orang cina tidak menjadikan pilihanraya itu
sebagai satu proses yang boleh dijudikan.
Barangkali, dalam pemikiran orang
cina jika PR menang dan melayu dilantik jadi Perdana Menteri (PM), ia
sebenarnya adalah juga kemenangan bagi orang-orang cina Malaysia kerana bagi
mereka siapapun menjadi PM pasti akan dijadikan boneka mereka.
Mimpi yang sama juga berlegar dalam
tidur sang PAS dan sang PKR. Namun, bagi penulis mimpi DAP dipercayai akan
lebih menemui realiti jika PR memenangi pilihanraya kali ini hatta akan datang
sekalipun.
Berbanding
dalam kenyataan pemimpin atasan BN, tiada perebutan untuk menjadi PM sebaliknya
masing-masing saling lengkap melengkapi demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat
Malaysia. Dan, yang merisaukan selepas PRU13 ini apakah presiden Umno terus
akan menjadi PM menerajui negara ini atau akan bertukar tempat duduk sebagai
ketua pembangkang dalam sebuah negara yang entah apakah ronanya di bawah
kerajaan yang diterajui PR seperti yang pernah berlaku di Selangor dan Pulau
pinang sekarang juga di Perak sedikit masa dulu.
Dalam setiap kali perhimpunan agung
Umno, memang idak dinafikan banyak ketetapan dan resolusi yang telah dan akan dibuat.
Tetapi banyak juga yang tidak dapat disempurnakan kerana banyak sangat
halangannya.
Banyak suara yang bergegar-gegar
yang mampu meretakkan dinding dewan perhimpunan atau sehingga menyebabkan
berlaku litar pintas lalu menggelapkan dewan perhimpunan.
Banyak lawak jenaka. Banyak suara
seksi yang merayu-rayu. Banyak air mata dan muka jebek yang merobek jiwa yang
mampu menyuramkan dewan. Itu adalah ketika sidang sedang berlangsung. Dan apabila
di luar, perwakilan yang mewakili jutaan ahli Umno kembali membawa diri dan
haluan masing-masing.
Justeru, penulis menasihatkan agar
sudah-sudahlah berdemikian itu perwakilan Umno menunjuk lawa dalam perhimpunan
mulai perhimpunan kali ini dan buat seterusnya. Rakyat sudah jelak dengan
kelaku seperti itu.
"Dah
lama dah.." kata Tun Mahathir ketika menyatakan hasrat
untuk berhenti menerajui Umno dan kerajaan. Ya, memang sudah lama dah kelaku
orang Umno diperhati dan diperkatakan oleh ahli-ahli di akar umbi sendiri.
Masih banyak yang belum sedar dan tidak mahu berubah. Masih angkuh bersama
hatinya yang rapuh!
Percayalah, jika berlaku kemenangan
tipis kali ini (PRU13) ia adalah titik terakhir bahawa BN tiada lagi masa depan
yang meyakinkan. Justeru, berpadulah bagi memastikan BN kembali mengungguli
dewan parlimen!
Ingatlah, usia Umno sudah melebihi
5o tahun. Usia yang tua memungkin ia diserang pelbagai penyakit. Maklum, sebelum
ini kita tidak berapa mempedulikan kesihatannya. Darah tinggi, jantung, kencing
manis, masalah prostat, gout, asma dan macam-macam lagi memungkinkan
mendatanginya. Paling menakutkan juga adalah serangan kanser. Apatah lagi tidak
disedari tahap satu, dua dan tiga. Tahu-tahu doktor kata sudah tahap empat!
Masihkah bekesempatan lagi?
Mudah-mudahan jika semua pihak perihatin, sedar dan insaf...
Jagindas: Selamat bersidang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.