Isnin, 26 November 2012

PELANGGAN KECIWA


CIMB Selalu Off-Line

KISAH hari ini agak kurang menarik sedikit. Macam mana pun saya fikir elok juga ditulis setidak-tidaknya untuk pengetahuan bersama. Mungkin juga pembaca juga mempunyai pengalaman yang sama.
            Kisahnya adalah mengenai pengurusan Bank di CIMB bank. Ia berikutan rungutan seorang rakan yang kerap gagal ketika melakukan urusan berkaitan akaun Amanah Saham Bumiputera-nya (ASB) menerusi bank berkenaan.
            Menurutnya, sudah kerap kali terjadi apabila beliau mahu sahaja mengemaskini buku akaun ASBnya atau melakukan urusan jual beli saham ASBnya di bank itu, pihak bank terbabit mengatakan line tak ada. Lagi tidak seronok didengar katanya, pegawai bank berkenaan meminta dia cuba berurusan dengan bank lain bersebelahannya iaitu Maybank.
            "Memang benarlah katanya itu, kerana di Maybank semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malah siap kempen menawarkan pinjaman pelaburan lagi", katanya.
            Justeru, penulis juga tertanya-tanya mengapa pengurusan di CIMB jadi begitu. Kalau sesekali kira ok-lah, tetapi menurut rakan penulis itu sudah banyak kali dia mendapat respon yang sama sehingga ada kalanya dia semacam rasa muak untuk berurusan dengan bank tersebut.
            "Bukan apa, di CIMB selalunya lengang manakala di Maybank pelanggannya agak ramai. Sebagai orang tua, saya tidak larat untuk menunggu lama apa lagi jika terpaksa berbaris," katanya.
            Moralnya, kalau bank yang penuh dengan pelanggan pun sistemnya berjalan lancar, mengapa pula bank yang lengang sistemnya jem pulak?
            Sementara itu, bual-bual secara rambang dengan beberapa pelanggan CIMB turut pernah menempuh pengelaman yang sama seperti rakan penulis itu apabila mereka mahu menguruskan ASB menerusi bank berkenaan. Menurut mereka, lebih senang berurusan dengan kaunter di pejabat pos biarpun had penjualan saham amat terhad.


Jagindas: simpanan semakin nipis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.