LPF Manusia Biasa
SENANG cerita, keluarkan sahaja pekeliling
kepada semua penulis skrip, produser dan pengarah filem bahawa karya filem di
negara ini tidak membenarkan sebarang cerita berkaitan sejarah sebenar.
Karyawan hanya dibenarkan menghasilkan karya-karya yang berunsur 'hiburan
kosong' sahaja.
Apa-apa
cerita sama ada cinta, lawak, kartun, fiksyen, hantu syaitan dan sebagainya
dimestikan tidak mengandungi slot-slot yang mengkaitkan perselisihan fahaman
antara kaum walaupun pada kisah sebenarnya memang berlaku atau memang begitu.
Cerita-cerita seperti cinta bodoh, lawak bodoh, kartun bodon, hantu bodoh,
cerita-cerita mamat pondan lagi bagus dan senang hendak diluluskan!
Tetapi
kalau cerita itu menyentu perbalahan antara melayu dengan melayu di bolehkan
dan boleh ditokok tambah supaya nampak lebih uummmphh! Macam cerita Hang Tuah
dan Hang Jebat, Singapura Dilanggar Todak, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan
sebagainya.
Manakala,
kalau ada puak yang nak buat video sendiri seperti songsangkan lagu Negaraku,
tonggang terbalikan bendera, cerita-cerita atau lagu mengecam dan memaki hamun
kerajaan, pemimpin dan yang seumpamanya, kita sewajarnya berikan dia galakan
atas dasar kekreativitiannya.
Bahkan,
berikan dia moral dan material support
seperti memberikannya mana-mana dana yang berkaitan bagi mengembangkan
bakatnya. Kalau dia tak mampu bayar balik pun, tak mengapa. Kira pejam mata sudah.
Maklum, bakat baru nak berkembang! Kembangkan ke Youtube, biar satu dunia tahu bakat anak watan kita, Malaysia
Boleh!
Habis
cerita. Kerja-kerja penyuntingan pun senang, kerja-kerja penapisan pun mudah.
Semua orang tidur lena tak payah nak risau-risau. Otak penonton pun tak berat
kepala nak memikir. Syyyyy... Datuk Suhaimi Baba, jangan bayar sesen pun!
ALAMAK! marahkan apa ni? Merepek saja bunyinya? Mabuk air ketum ke beb?
Jagindas: 24 jam dalam
ketakutan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.