Jumaat, 7 September 2012

SUARAM


Jangan Tunggu Lama-Lama..



RAMAI pihak yang sudah emnyuarakan kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya mengambil tindakan segera ke atas kes Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menyalahgunakan akta syarikat dengan mendapatkan dana dari luar serta bergerak selaku NGO dan kemudiannya menggunakan dana tersebut untuk menyokong gerakan-gerakan anti kerajaan. Kegiatan yang menjijikan itu menyebabkan ramai pihak mahu CEO SSM meletakkan jawatannya. di sini             Setelah isu ini menjadi
panas di akhbar dan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tampil memberikan reaksinya. di sini dan di sini dan di sini
            Datuk Ibrahim Ali (Pak Him), ketika menempelak pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri mahu tindakan segera dibuat bagi membendung kegiatan biadap seumpama itu berkembang di negara ini. di sini
            Memang, akhir-akhir ini nampaknya ramai yang mabuk 'media'. Apabila media sudah menjerit, pihak yang terbabit pun keluar memberikan reaksi dan respon. Kemudian berlaku soal jawab, bidas membidas serta nafi menafi. Bagi akhbar, ia tidak menjadi masalah. Selagi ia adalah isu dan boleh jadi bahan berita, pemberita akan terus menulis dan menyiarkannya.
            Namun, rakyat kian rimas dan bosan. Dari dalam dewan menteri dan wakil rakyat asyik bertengkar dan bercakar sehingga di luar dewan pun masih terbawak-bawak jawapan atas pagar, lucu dan tidak selesai.
            Justeru, saya nasihatkan mereka yang terbabit, cukuplah sekali buat kenyataan rawak, selepas itu segerakan tindakan dan beritahu rakyat apa akhirnya sahaja.Biar rakyat senang menghakiminya pula.
            Sikap berhati-hati itu bagus. Jadi jika belum ada apa keputusan atau masih belum bersedia maka tidak payahlah nak bersuara itu dan ini di media-media. Hari ini rakyat sedang dan mahu melihat tindakan konrit kerajaan terhadap mereka yang melakukan perkara-perkara yang sensitif khusus yang menggugat keharmonian negara.


Jagindas: ....terlalu banyak ungkapan " kita sedar..", "kita akan...", "siasatan sedang..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.