Rabu, 11 Julai 2012

Seksyen 39 A.P.J.

DAKWA SECARA AUTOMATIK
Pemilik Kenderaan Yang membenarkan Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun dan Pemandu Tanpa Lesen 
[Gambar Hiasan]

IPOH:  Orang ramai meminta pihak berkuasa khususnya polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan bermotor yang membenarkan kanak-kanak bawah 15 tahun dan yang memandu tanpa lesen memandu kenderaan mereka.
            Menurut mereka, sikap "tidak apa" orang dewasa khususnya ibu bapa terhadap remaja seusia itu yang memandu tanpa lesen telah banyak menyusahkan ramai pihak serta mengancam keselamatan awam terutama di kawasan perumahan dan kampung-kampung.
            Sehubungan itu, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan undang-undang seperti yang diperuntukan Seksyen 39 A.P.J. yang mana pesalah boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.     
       Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, meminta pihak terbabit tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undand-undang tersebut kerana sudah terlalu banyak kes yang membabitkan remaja seperti itu terutama di kawasan perumahan dan kampung.
            "Nampanya, kerajaan terpaksa mengajar dan mendidik pemilik kenderaan bermotor terutama ibu bapa menerusi penguatkuasaan undang-undang berkenaan.       
     "Polis dan JPJ diminta mengenakan tindakan undang-undang berkenaan tanpa kompromi sebaliknya pendakwaan hendaklah dibuat secara automatik berbekalkan undang-undang sedia ada," katanya.
            Sementara itu, tinjauan di sekitar taman perumahan dan kampung-kampung dekat sini, mendapati ramai remaja bawah umur bahkan kanak-kanak seusia tujuh dan dua belas tahun memandu motosikal.
            Tindakan orang dewasa dan pemilik kenderaan yang membenarkan kanak-kanak terbabit memandu sebenarnya boleh mengundang banyak masalah sosial jika tidak dibendung segera.


Jagindas:    Anak penguatkuasa pun ada yang macam tu, tu yang tak sedapnya.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.