Kita Tiada Pilihan Lain lagi
PENULIS masih ingat, ketika sedang rancak
aktif dalam Umno lebih tiga dekad yang lalu, setiap kali mesyuarat perwakilan
Umno Bahagian bilamana berlakunya pemilihan jawatan diperingkat bahagian, maka
di akhir persidangan itu Ketua Bahagian tidak pernah lupa membuat kesimpulan
seperti ini: ....ingatlah bahawa yang
menang tidak bererti menang semuanya
begitu juga bagi yang kalah tidak bererti kalah semuanya.
Berakhirnya
perhimpunan agung Umno 2012 kira-kira pada pukul 7.08 semalam dapatlah penulis
simpulkan bahawa ia lebih merupakan sebagai satu perhimpunan ukhwah bagi mengahadapi
pilihanraya bahkan mahu kaum kerabat Umno membetulkan apa juga kesilapan yang
lalu bagi memastikan Umno dan BN kembali memeriahkan kegemilangan pemerintahan
bumi bertuah ini.
Nampak-nampaknya
memang adalah yang hendak berubah dan ada yang sudah berubah. Sudahpun
bersumpah-sumpah, berikrar-ikrar dan bertaklik-taklik. Harap-harap akan
berubahlah semuanya dan spenuhnya. Tulisan sebelum ini, penulis turut
mengingatkan agar perhimpunan kali ini tidak sahaja menggegarkan dewan atau
sekadar menunjuk lawa sebaliknya mahukan Umno kembali mengasah kuku, bersatu
dan berilmu serta berakal (di sini).
Dalam
satu bab, penulis berterima kasih kepada puak-puak PKR ,Pas dan DAP. Sebab, jika dihalusi disebakan keceluparan,
kebiadapan dan ketabsuban mereka inilah menyebabkan ramai ahli Umno yang
kembali sedar diri. Kerana kedurjanaan mereka jugalah makanya ramai ahli Umno
dan orang melayu yang tersentak dari tidur. Yang sedang leka menari terus
mengunci langkah. Yang sedang bersyurga dunia baru sedar sang pencuri memecah
masuk rumah dan menyedari bahawa bidadari di sekeliling hanyalah tipu helah
dunia! Syukurlah.
Barangkali
itulah juga yang diamksudkan ”yang menang
tak menang semua dan kalah tak kalah semua". Namun, apa yang berlaku
sebelum ini adalah yang menang terus menggigal macam merak dirimba. Lupa diri,
lupa asal usulnya!
Mudah-mudahan,
bala yang terbitkan oleh Pas, PKR dan DAP dan rakan-rakan terdahulu yang bertukar
menjadi katak, benar-benar menginsafkan Umno seluruhnya. Mudahan-mudahan
tiadalah lagi musuh dalam selimut lebih-lebih lagi ketika membuang undi nanti.
Sebaliknya,
terbukalah hati hendaknya 90% pengundi-pengundi kalau tidak pun 100% akan
memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Undilah BN dengan yakin.
Kepada
rakyat Malaysia, barangkali agak sukar untuk melihat satu perubahan yang
drastik, kerana maklum kesilapan, keangkuhan dan kealpaan telah terdidik sekian
lama. Bak kata orang, ia semacam sudah sebati. Dan, tidaklah semudah itu untuk
membuang sesuatu yang sudah menjadi darah daging atau bertanah dalam tubuh
badan.
Namun,
penulis percaya segalanya pasti akan berubah paling tidak selepas pilihanraya
ini. Berilah peluang sekali lagi untuk mereka berubah dan kembali
memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini mengikut landasan yang
sebaik-baiknya. Justeru, marilah kita tolak Pakatan Rakyat (PR) demi tanah air,
agama dan bangsa.
Dalam
hubungan ini, saya teringat pengakuan seorang penagih dadah tegar yang telah
pulih dan keluar dari pusat pemulihan. Katanya, setelah seseorang penagih itu pulih
perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh mereka yang lepasan pusat
pemulihan adalah menahan gamitan rakan-rakan terdahulu di luar sana.
Inilah
juga yang disebut oleh Presiden Umno dalam ucapan penggulungnya petang semalam bahawa
di luar sana terlalu banyak cubaannya, pelawaan, janji, fitnah, kipas mengipas
dan cucuk menyucuk yang kalau tidak kuat iman pasti akan hancur lebur apa yang
telah dipaterikan dalam perhimpunan itu lima hari empat malam. Kalau tidak,
masakan mereka yang pernah menikmati hasil kemerdekaan dan kepimpinan negara
selama ini sampai hati untuk melompat dan memburukkan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.