Sabtu, 23 Mac 2013

TAK BOLEH BATAL SEBAB TAK ADA KERJASAMA


Teknikal Yang Membelit Diri

PENDIRIAN Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa badan itu tidak akan membuat sebarang keputusan selagi belum mendapatkan maklumat penuh daripada pihak yang dituduh menggelikan hati juga. Itulah sebabnya kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Osman, adalah sukar kononnya untuk membatalkan pendaftaran DAP berikutan ROS tidak mendapat kerjasama daripada 'orang-orang kuat DAP' meskipun terdapat banyak tekanan mendesak ROS mengunakan kuasanya berbuat demikian.
            Teringatlah penulis satu kes di mana penulis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk pecah masuk rumah sendiri. Kisah bermula apabila penulis mengusir penyewa ynag sudah hampir setahun tidak membayar sewanya. Apabila dia keluar namun barang-barang kepunyaannya masih ada di dalam rumah walaupun tempoh yang diberikan sudah tamat. Degil betul! Samseng pulak tu...
            Kerana sekarang ini ini penyewa pun silap-silap boleh menyaman tuan punya harta, maka penulis terpaksa mendapatkan khidmat guaman dan antaranya adalah mendapatkan perintah pecah masuk rumah sendiri. Pelik sangat bunyinya tetapi begitulah perihal undang-undang.
            Dengan perintah itu, penulis difahamkan setelah tamat tempoh yang diberikan maka tuan rumah (penulis) bolehlah berbuat apa sahaja terhadap harta benda penyewa terbabit termasuk mengheretnya ke mahkamah jika perlu dan mahu. Tapi, untuk mendapatkan perintah tersebut tidaklah semudah menelan air liur beb!
            Maknanya, kalau satu pihak tidak mahu berkerja sama, tentulah adalah jalan penyelesainnya menerusi undang-undang kan? Justeru, siapa yang besar sekarang?
           

Jagindas: Betullah kata seorang kenalan  -  "Malas Nak Cakap!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.