Sabtu, 23 Mac 2013

NAJIB, MUHYIDDIN MENARI SENDIRIAN


Orang Parti Masih Rileks Dan Selesa...

PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU13) SEMAKIN HAMPIR! Yang pasti ia akan terjadi sebelum berakhir April ini, InsyaAllah. Kempen dan cakap-cakap di kedai-kedai kopi semakin rancak. Malah di anjung-anjung surau dan masjid juga topik pilihanraya menjadi kesukaan jemaah. Terlupalah sekejap mereka akan kebaikan mengaji, halaqah dan usrah. Demikian 'berhantunya' bahana pilihanraya.
            Antara cakap-cakap pilihanraya itu terdengarlah dakwaan yang DS Najib dan TS Muhyiddin dikatakan 'menari bersendirian'. Lutut mereka sudah lengoh menjelajah negara. Mulut sudah berbuih memberitahu rakyat itu dan ini. Dan paling tidak ditinggalkan adalah menyeru supaya 'orang-orang parti' lebih kerap turun padang dan merapati pengundi. Ambil tahu masalah dan kehendak mereka supaya bila menang nanti tahu apa nak buat. Maklumlah, kalau sudah menang nanti, memang sukar nak jumpa wakil rakyat. "Sibuk, banyak urusan negara. Lagi pun masa itu kenalah kurangkan bercakap tetapi banyakkan kerja. Sebab itu maklumat mesti dikumpulkan dari sekarang supaya senang nanti nak buat kerja". katanya.
            Sedap bunyinya tu!. Tapi tidak nampak pun wakil rakyat atau orang-orang parti yang turun padang jumpa rakyat jelata. Nampak macam sibuk ke hulu kehilir bersama beberapa orang kiri kanannya. Tapi entah ke mana dan apa yang disibukkan tak tahulah!
            Penulis sempat bertanya kepada seorang pengikut parti Umno mengapa pemimpin Umno dan orang parti masih liat untuk menjenguk rakyat meskipun pada saat-saat terakhir begini? Sudahlah sebelum ini pun liat nak menjemurkan diri kepada rakyat, dalam keadaan tidak menentu ini pun mereka masih 'selesa' jugakah, mengapa?
            Jawapan rakan penulis itu ringkas dan tepat tapi penuh kebahalulan: Yang wakil rakyat sedia ada bimbang kalau-kalau tidak terpilih lagi manakala yang rasa-rasa akan naik pula tidak yakin sama ada yakah atau tidak! Jadi sebab itu mereka berdiam diri kerana takut nanti kerja penat penat, upah tak dapat! Kalau nak tengok mereka berekerja pun jika ada Menteri Besar (MB), Perdana Menteri (PM) atau Timbalan PM (TPM)  yang datang ke sesuatu kawasan atau negeri.
            Jadi, apakah kesimpulannnya? KESIMPULANNYA adalah memang bahalul, tidak sedar diri dan tidak kenal dek untung. Tak faham-faham bahasa. Bukankah untuk ketika ini semua pihak adalah berkerja untuk kepentingan parti bagi memastikan parti akan menang dalam PRU13 nanti? Itulah yang dimaksudkan oleh orang nombor satu dan nombor dua supaya "pastikan rakyat didekati, pastikan calon kita akan menang, pastkan tiada berlaku pensabotajan dan macam-macam pasti lagi". Tak fahamkah?
            Jelaslah bahawa, Najib dan Muhyiddin berdendang bersedirian sedang anak buah di bawah masih menilik-nilik untung nasib diri sendiri bukan kepentingan memikir partinya! Patutlah cawangan dan bahagian nampak tidur saja! Aduhai apalah malangnya orang Melayu ini...
            Padahal, inilah masanya untuk membuat dan menyimpan rekod. Memang betul, selepas pilihanraya tamat dan tuan-tuan dilantik jadi wakil rakyat, ketika itu rakyat akan jadi kecil dan tuan-tuanlah yang jadi 'besar' serta sibuk sekali! Tak ada masa dah nak jumpa rakyat. Nak harapkan agensi kerejaan atau parti..., jangan haraplah!
            Memang malang dan menempah maut. Ada sesetengah tu sudah berpenggal-penggal jadi wakil rakyat tetapi masih tidak faham-faham bahasa juga. Kenapa? Kerana terlalu mementingan diri. Kelihatnnya sibuk berkerja untuk parti tetapi sebenarnya menggunakan parti untuk kepentingan diri. Sebab itu jadi begini....
            Jadi Datuk Seri Najib, cari-carilah ruang untuk berehat sekejap, nanti tumbang berdiri pulak!


Jagindas: Terpulanglah! Tepuk dada (perut) tanyalah selera.. Urrrlllbbb!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.