Calon Pulak Janganlah Tak Sedar Diri!
PERINGATAN daripada kalangan
pemimpin tertinggi dan veteran Barisan Nasional (BN) supaya pengundi dalam pilihanraya
kali ini (PRU13) tidak menumpu kepada calon sebaliknya mereka diminta supaya
memastikan parti (BN) tetap menang besar wajar diperhalusi oleh semua calon
yang akan mewakili parti BN dalam pertandingan itu nanti.
Bermakna,
siapa sahaja calon BN yang menang nanti tidak boleh berperasaan bahawa mereka
sebenarnya diterima rakyat 100% lantas terbit dalam diri dia berasa kuat.
Sebaliknya, setiap calon yang menang mesti melihat secara keseluruhan tugas dan
tanggung jawab mereka terhadap parti dan rakyat.
"Pilihanraya kali ini" jelas
memberi makna ia sebagai satu titik penentu sama ada BN akan terus di terima
rakyat pada masa akan datang atau secara perlahan akan terus hanyut ditelan
zaman.
Setelah
pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,
maka sampailah masanya semua wakil rakyat dan juga pendokong-pendokong parti
menginsafi diri masing-masing bahawa selepas ini sebarang kelaku buruk masa
lalu, jika berulang lagi bermakna parti akan menemui jalan sukar untuk di
selamatkan.
Kemarahan,
rasa jijik dan meluat rakyat terhadap sikap segelintir orang BN yang sombong,
bongkak dan mengamalkan kepentingan kronisme dan nepotisme telah mengajar BN
menerusi PRU12 pada tahun 2008 sehingga hampir-hampir sahaja kerajaan bertukar
tangan. Kesannya amat parah sehingga kerajaan BN pimpinan Najib terpaksa banyak
'mengalah'.
Keghairahan
pengundi ketika itu membakar kelambu sendiri kerana marahkan nyamuk, akhirnya
membuka peluang kepada pihak lawan memenangi PRU berkenaan. Tanpa memikirkan
kesan dan akibatnya, pengundi durhaka ketika itu berpendapat hanya itulah
satu-satunya cara yang berkesan untuk mengajar pengemudi BN setelah pelbagai
isyarat yangdiberikan rakyat tidak dipedulikan parti atau orang parti terutama
di peringkat bawahan.
Dari
segi moralnya dalam PRU12 itu ikatan pembangkang sudah menang. Tamak haloba,
sombong dan tidak mahu belajar daripada kesilapan orang lain menyebabkan ikatan
pembangkang kelihatan lemah dan semakin ditolak masyarakat Malaysia. Antara
Pas, DAP dan PKR sememangnya tidak ada kesederhaan (wasatiyyah). Bukan sahaja
manusia di Malaysia, Allah Taala pun barangkali benci dan meluat kepada mereka.
Sekali gus, Allah sebenarnya memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk
memperbetulkan keadaan.
Saya
yakin, jika orang-orang BN berpegang teguh kepada perinsip perjuangan yang
sebenar, insaf serta mengembalikan kejujuran yang tulen terhadap rakyat,
InyaAllah, tiada sebab BN kecundang bahkan saya yakin kemenangan majoriti melebihi
dua pertiga kerusi pasti dalam tangan. Bukan sahaja untuk PRU kali ini tetapi
juga pada masa akan datang.
Jagindas: Orag
tua-tua kata belajar dari kesilapan lebih baik daripada belajar berterusan...(Entahlah...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.