Ketua Polis Negara |
Apa Sebenarnya KDN
Buat?
UNTUK tidak memeningkan kepala Menteri Dalam
Negeri (KDN), Datuk Zahid Hamidi secara tegas dan terbuka menyerahkan
sepenuhnya kuasa-kuasa yang berkaitan dengan membanteras jenayah kepada Ketua
Polis Negara. Tetapi tidak pula dinyatakan sama ada hal yang sama berlaku
kepada kastam dan imegresen.
Lantaklah, itu polisi menteri
masing-masing. Itu zaman Zahid. Zaman Hishamuddin lain. Dan begitulah
seterusnya setiap kali berlaku pertukaran menteri. Bak kata bahasa, sekali air
bah sekali pantai berubah. Cuma, kita kena hati-hati kalau-kalau sesudah bah
surut, pantai yang dulunya ada cantik terbentang janganlah sampai menjadi
tebing curam!
Apa yang penulis nak nyatakan adalah
rungutan penduduk tempatan sebaik sahaja Zahid menyuarakan ketegasannya setelah
menduduki KDN. Ramai yang ucap syabas kepada Zahid. Kononnya beliau dikatakan
lebih berani dan tegas berbanding menteri yang dulu.
Polis pun nampaknya lebih ceria dan
bersemangat kerana lebih selesa dan 'agak' bebas untuk bertindak. Makna kata,
polis dapat melaksanakan kuasa-kuasanya yang sebenar terus berdasarkan kepada
undang-undang negara.
Ya, memang bagus. Nampak cantik malah
itulah yang sebaik-baiknya. Cuma penduduk menjadi semakin keliru, disebalik
ngauman suara Zahid itu, mengapa pula masih ada...,
1)
premis-premis judi haram, judi mesin komputer masih beroperasi secara terbuka
malah semakin bertambah-tambah? Ada sesetengah premis itu letaknya hanya
beberapa meter sahaja daripada balai polis! Kalu dahulu dibandar-bandar kini
sudah menjalar ke pekan-pekan kecil. Esok lusamungkin pula ke desa-desa
2)
ejen-ejen judi nombor ekor haram juga beroperasi macam biasa? Siap dengan mesin
cetak canggih lagi!
3) semakin
berlambak-lambaklah pula kaum Bangla, India, Indonesia dan Myanmar memadatkan
kampung dan bandar? Kurang ajar pulak tu terutamanya mamat Bangla!
4)
semakin bertambah biak pula anak-anak Siam menjalankan perniagaan (makanan dan
pakaian) hanya dengan berdokumenkan pass lawatan sosial?
(selebihnya,
andapun tahu....)
Bukan apa, kita ni nampaknya cakap
dah banyak dah. Bak kata orang Perak, cakap berdegor-degor. Ibarat kalau orang
perempuan mengandung tiga bulan mendengarnya pun boleh gugur kandungan dibuatnya!
Tapi, wal hasil balik asal. Dok macam tu juga bahkan kalau yang bengkak dah semakin
bernanah pulak.
Jagindas: Cegah sebelum parah -
adakah sekadar selogan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.