Ahad, 21 Julai 2013

JAB. AGAMA ISLAM WAJAR KAJI SEMULA PELANTIKAN PEGAWAI MASJID

GAMBAR HIASAN: ....ustaz @ostad
Makmum berimamkan Imam Fasik

SEORANG RAKAN yang baru balik dari sembahyang taraweh datang ke rumah penulis sekadar merihatkan minda. Begitulah yang selalu dilakukannnya. Selalunya di rumah inilah kami kerap bertemu pada waktu malam. Pada hari-hari bukan bulan Ramadhan pun kami kerap berbual-bual selepas Isyak ditemani kopi O dan beberapa keping biskut. Di sini rasanya lebih terjamin daripada di kedai kopi kerana banyak fitnah yang boleh dihindarkan. Kalau sebelum ini penulis paparkan kisah kasta mengkasta moreh di masjid, kali ini lagi seram ceritanya!
            Memulakan perbualannya malam tadi, beliau mengadu kepada penulis terhadap nasib jemaah di sebuah kariah di mana seorang daripada imamnya adalah jelas bertabiat fasik. Menurutnya, imam tersebut memang mahir dengan tugasnya. Bacaannya, pengetahuannya dan hubungannya dengan makmum dan masyarakat memang menyenangkan hati.
            Namun katanya, imam tersebut juga adalah penggemar nombor ekor (judi). Dia juga tidak berpuasa ketika bulan puasa sedang dia sihat dan segar bugar. Katanya, dia kerap bertembung dengan imam tersebut makan di di 'kedai gelap' dalam bulan puasa kerana rakan penulis itu tiap hari ke kedai tersebut atas tugasnya menghantar barangan niaga. Demi menjaga marwah imam berkenaan, rakan penulis itu buat-buat tidak nampak sahajalah..."Kut ya tak sihat sekalipun, tidak bolehkah imam itu makan di rumah sahaja?" Bisik hati kecilnya.
            Namun, tindakan imam itu yang membuatkan dia serba salah. "Hallo bang, mintak maaf le... teman tak posa ..." Demikian sapa imam itu kepada rakan penulis itu. Selain itu, imam itu juga dikenali sebagai bomoh di kampung berkenaan.
            Dia seterusnya mengajukan persoalan kepada penulis, "Bagaimanakah agaknya nasib makmum di kariah berkenaan yang berimamkan imam yang fasik? Bukan fasik tuduhan tetapi fasik yang nyata. Bagaimana dengan sembahyang rawatib mereka, sembahyang jumaat mereka dan taraweh mereka yang berimamkan imam berkenaan?!" katanya.
            Penulis mampu terdiam sahaja.Teramat berat untuk memberikan komen. Sebab, mustahil rasanya ahli kariah di situ tidak tahu perangai imam tersebut. Mustahil! Selama manalah sangat imam itu boleh menyembunyikan kukunya!
            Sebenarnya, kalau hendak bicarakan perihal imam-imam zaman moden ini banyak yang tak kenannya. Bukanlah semua. Tetapi itulah hakikatnya..Rasanya, jabatan agama Islam negeri wajar mengkaji semula rukun-rukun pelantikan pegawai-pegawai masjid (imam dan bilal) sekarang. Maklumlah, kerja imam sekarang ini diberi elaun. Elaun inilah yang menyebabkan banyak yang gelap mata.
            Kata rakan itu lagi, ada sesetengah imam tu tak pernah mendapat tunjuk ajar daripada mana-mana guru pun. Main ikut-ikut sahaja. Dek kerana hati terang boleh membaca dan menghafal surah-surah dan doa, maka dia menonjol-nonjolkan dirinya ke hadapan untuk menjadi imam. Selain dapat elaun bulanan, jika rezeki menjadi, cukup tempoh boleh pula mengerjakan haji secara percuma! Allahhuakbar!
            Begitu juga kalau nak jadi uztaz (ada orang sebut ostad). Sekarang ni nampaknya mudah sahaja. Tahu hurai lebih kurang ikut selera masing-masing, ada unsur-unsur jenaka, campur sedikit cerita lucah dan carut marut, maka dah bolehlah berceramah seperti tok guru.
            Dan, paling malang adalah apabila di kariah berkenaan terpaksa berimamkan orang seperti itu kerana barangkali di situ tiada siapapun yang boleh untuk di kehadapan sebagai imam. Atau mungkin juga yang boleh-boleh dikehadapankan tidak pula sudi untuk begitu...
            Kata rakan itu lagi, sekarang ini terdapat juga disesetengah kampung, masalah mencari pegawai masjid (imam dan bilal) ini memang bermasalah. Terkadang katanya, bab-bab ini lebih mudah dan teratur di kawasan bandar-bandar.
            Mengakhiri keluhannya, rakan penulis itu membuat kesimpulan bahawa yang ramai adalah tukang komplen dan cacat, macam kita ini (penulis dan dia).... hehehehe....errmmmmm.
           


Jagindas: Urut dada...macam ini pun ada ke.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.