Shahrizat (kiri), Azalina (kanan) |
Azalina,
Lawan Jangan Tak Lawan!
KETUA
wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, sudah melepaskan sedikit taringnya
memberi peringatan kepada pergerakan itu supaya jangan buat hal nak
tanding-tanding jawatan nombor satu yang disandangnya itu. Angin yang bertiup
sekarang, kononnya Datuk Seri Azalina Othman Said sedang berkira-kira untuk
merebut jawatan tersebut. Lawak jenakanya telah dimulakan di parlimen baru-baru
ini.
Muda lagi orangnya. Masih kuat.
Boleh tahan juga garangnya dan setakat ini rasanya beliau masih bujang trang
tang-tang. Suatu ketika dahulu beliau pernah terseradung sedikit lantas beliau
terpaksa keluar daripada basisan kabinet. Namun, dari segi politik di
kawasannya, nampaknya setakat ini beliau masih berbisa.
Shahrizat orang lama. Walaupun ayat
politiknya macam tidak ada apa-apa terhadap pencabar baru itu tetapi kita sedia
maklum dan boleh baca apa yang tersirat dalam hatinya. Biasanya, dalam politik
ini, bab-bab nak turun atau melepaskan jawatan memanglah suatu hal yang amat
payah. Ada sahaja alasannya. Ujung-ujung mereka akan kata.."majoriti
rakyat masih memerlukan khidmat saya lagi..." (kisahnya di sini)
Macam mana Shahrizat nak jaga
wanita? Dalam rumah sendiri pun dia banyak yang tak tahu. Dia tak tahu hal-hal
perniagaan suami dan anak-anaknya. Malah banyak benda yang di tidak tahu
sehingga sampai sekarang pun kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) atau di kalangan
rakan-rakan penulis mereka ringkaskannya sebagai kes"lembu" masih belum
selesai sepenuhnya lagi...
Sebelum ini, penulis ada juga
menulis tentang Shahrizat. Antaranya di sini, di sini, dan di sini. Bukan nak mengata, tetapi begitulah
keadaannya. Walau apapun disebalik cerita tentang mantan ketua wanita Umno
sebelum ini, Datuk Paduka Rafidah Aziz, tetapi Shahrizat harus mengimbau
kembali bagaimana Rafidah terpaksa terlepaskan jawatan itu dahulu.
Nah, sampailah masanya sejarah diri
berulang kembali cuma dalam versi yang berbeza. Bagi pnulis, apalah haknya
Shahrizat menghalang Azalina merebut jawatan itu. Ikutlah seperti kata Pemuda
Umno Johor, yang memutuskan bahawa mereka rela pertandingkan semua jawatan.
Gentelmen dan matang!
Mengapa pula Shahrizat enggan
melepaskan jawatan itu. Bagus sangatkah kepimpinan yang telah
dipersembahkannya. Kita tidak ada menteri kosmetik. Kalau ada, itulah sahaja
yang layak buat anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.