Isnin, 29 Julai 2013

DAMANHURI SYAK ANAKNYA MATI SEBAB DIANIAYA

Nafi Laporan Posmotem Pertama

DALAM entri sebelum ini, penulis ada mengisahkan kerajaan kita yang turut mengambilkira hak-hak asasi manusia sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas seseorang penjenayah.
            Di Ipoh, seorang bapa betegas akan memohon untuk membuat bedah siasat kedua bagi memastikan punca sebenar kematian anaknya. Sebelum ini,  kematian anaknya didakwa tersepit dicelahan besi tingkap ketika berusaha memecah masuk rumah jirannya lalu sesah nafas sehingga membawanya maut.   
           Kematian anaknya itu hampir-hampir menimbulkan kes perkauman apabila seorang pemuda Melayu "mati" ketika berusaha menyelongkar rumah jirannya yang juga seorang tionghua di sini.
            Si bapa tidak menolak perbuatan salah anaknya itu cuma mempertikai tidak patut orang awam atau tuan punya rumah sendiri membuat tindakan sendiri sehingga menyebabkan anaknya maut. Kerana, bagi bapa mangsa beberapa kesan yang terdapat di tubuh mayat anaknya itu menguatkan lagi dia menafikan laporan bedah siasat pertama yang dilakukan oleh Hospital Bainun itu.
            Berdasarkan prinsip kemanusiaannya itu, penulis percaya Mohd Damanhuri Mohd Fuat, tentunya akan mampu melayan dengan sebaik-baiknya seseorang penjenayah jika ada kes yang memecah masuk rumahnya pada satu-satu masa. Damanhuri juga, penulis rasakan adalah seorang manusia yang kuat mengawal tahap terkejut, marah, geram dan sakit hatinya.
            Malah, barangkali kalau beliau hendak memukul sekalipun, beliau tahu dan berupaya mengawal had batas amarahnya ketika itu. Untuk pengetahuan Damanhuri, di kalangan penjenayah sendiri pun tidak ramai yang berjaya mengawal tahap keterkejutan dan takut kalau mereka bertembung dengan tuan rumah (mangsa) ketika membuat operasi pecah rumah, ragut, rompak dan samun.
            Banyak sudah mangsa pecah rumah, ragut, rompak dan samun yang dibunuh atau terbunuh oleh penjenayah berikutan mereka gagal mengawal tahap 'gabra' mereka dan ketiadaan nilai-nilai hak asasi manusia pada diri penjenayah tersebut.
            Syabaslah Damanhuri, kerana tidak ramai manusia yang berkemampuan seperti itu. Tindakan anda itu juga sebenarnya telah menyokong tuntutan Perdana Menteri (PM), Datuk SeriNajib Razak, yang mahu masyarakat mengambilkira nilai-nilai hak-hak asasi manusia biarpun seseorang itu dikenal pasti sebagai penjenayah, penjahat dan petualang sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman.
            Teruskan usaha dan tekad anda memperjuangkan hak anak anda (mangsa) sebagai manusia (bukan sebagai penjenayah) meskipun dia sudah jelas didapati sebagai 'pemecah rumah'. Agaknya, banyak pihak kecut perut sekarang ini! Jika bedah siasat kedua berbeza laporan dengan yang pertama, maka siaplah doktor bedah sisat pertama itu. Jangan lupa Damanhuri, heret dia sama serta orang-orang yang bersangkutannya! Kalau nak ajar, ajarlah semuanya sekali....



Jagindas: Pecah tabung buluh nak sambut raya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.