LPFN Tak Kenal Mana Kaca, Mana Permata
SEBUAH
filem yang didakwa ramai pihak sebagai menyokong pergerakan dan perjuangan
parti komunis Malaya, "The New Village"
(TNV) dikatakan sudah mendapat kelulusan untuk ditayang kepada umum. Malah,
dikatakan juga kelulusan tayangan filem itu lebih mudah diperolehi berbanding
filem "Tanda Putera" (FTP) karya Datuk Suhaimi Baba.
FTP menjadi kontroversi dan
dipolimikan oleh pihak tertentu terutama dari parti pembangkang yang kononnya ia
bersifat menghasut, menghina dan memfitnah sekali gus dikatakan boleh
menyebabkan perselisihan kaum jika ia ditayangkan.
Akhirnya, setelah melalui pelbagai
suntingan dan penjelasan yang memakan masa lebih kurang setahun, barulah filem
tersebut dibenar izin untuk tayangan umum atau masuk panggung. Itupun, tarikhnya
lebih lewat berbanding filem TNV biarpun kedua-duanya layak ke panggung Ogos
ini.
Menurut pandangan pelbagai pihak dan
pemerhati seni filem tanah air, TNV didakwa lebih cenderung memaparkan
perjuangan / fahaman parti komunis atau dengan kata lain mengagung-agungkan
kaum komunis dalam pembentukan awal negara ini sebagai sebuah negara merdeka.
Berbanding FTP lebih bersifat patriotik dan sejarah benar yang berlaku dalam
negara suatu ketika dulu iaitu pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak iaitu
Perdana Menteri Malaysia ke dua.
Justeru, khalayak khususnya orang
Melayu tertanyatanya: Apa sebenarnya yang berlaku di bahagian penapisan filem
negara terutama pihak atau badan penapisan dan lulus tayang? Apakah ada unsur ehem ehem sehingga pihak penapisan langsung buta dan tuli terhadap
kandungan filem tersebut.
Buta sejarah dan tuli pemahaman
bangsa sendiri, sejarah tanah air sendiri, sensitiviti majoriti rakyat di
negara sendiri! Atau..., majoriti kita sekarang ini sudah jadi manusia penakut
dengan bayang-bayang sendiri..Orang utara kata - Kecut Teloq!
Inilah dianya, bila tak ada kuasa,
menjerit-jerit, menghentak-hentak hendakkan kuasa. Apabila dah di bagi kuasa
pulak, tercengang-cengang tak tau apa hendak buat! Ada tu macam kea dapat bunga
pun ada! Allahhurabbi, Melayuku, apakah kesudahnya kalau terus-terus begini..
Kalau bab bercakap, dasar itu dasar
ini, begitu dan begini, teramatlah hebatnya. Realitinya bagaimana??
Justeru, Datuk Suhaimi Baba perlu
dan wajar bersedih serta kecewa dalam bab ini. Malah, bagi penulis semua
pengkarya melayu eloklah melupakan sahaja cita-cita (kalau ada lagi) untuk
membuat filem sejarah atau yang berunsur patriotik. Kalau penulis orang kaya
raya taraf billionair, mahu rasanya penulis membayar kos pembikinan filem FTP
itu dan meminta Datuk Suhaimi membatalkan tayangan serta filem itu diblok
sebagai khazanah yang tidak boleh tayang sampai bila-bila. Sesiapa sahaja yang
nak tengok, kena bayar pada Suhaimi sebanyak kos pembikinannnya!
Biarlah
orang lain sahaja yang membuat filem-filem yang berunsur sejarah, fakta dan
patriotik. Sebab, kalau kita yang buat nanti dikatakan banyak sangat yang
sensitifnya tetapi bila orang lain yang buat dikatakan itulah fakta sejarah,
realiti! Maklum, kita ni memang dah terkenal dengan kebaikan menjaga hati
orang. Sebab dalam pepatah melayu banyak yang menyebut hal-hal kebaikan seperti
itu sehingga sanggup menidakkan kepentingan sendiri!
Justeru, kepada pengkarya-pengkarya melayu
seni filem tanah air penuhilah karya tuan-tuan dengan cerita cinta, cerai
berai, hantu syaitan, lawak bodoh dan 1000 macam kisah merapu. Yang penting, TV
beli dan anda ada masyukkk...
Mesej dan peranan karyawan???
Piiiirraaaahhhhhhh! Siapa mahu peduli!
Jagindas: Kadang-kadang, lebih
tak ada daripada ada. Hati tak sakit sebab memang dah tak ada!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.