Ahad, 24 November 2013

FIKIR SEBELUM MAKAN UDANG GALAH DI TG TUALANG

Status Halal Restoran Di Situ Diragui

SEJAK TV3 menyiarkan satu slot mengenai keistimewaan restoran udang galah di pekan kecil Tanjong Tualang, Perak berikutan pekan itu di sebut dalam dairi pelancongan negeri Perak sebagai 'Pekan Udang Galah', tidak dinafikan ramai peminat makanan masakan berasaskan udang galah datang bertamu ke sana. Terutama setiap hujung minggu dan hari cuti umum.
            Demikianlah peranan dan kesan tindakan media terhadap sesuatu isu atau cerita apatah zaman dunia berteknologi tinggi ini di mana segala maklumat begitu mudah tersebar serta dimanfaatkan oleh rakyat.
            Bermacam ragam manusia dan pelancong yang datang. Dan bermacam bangsa dan agama pula. Dari perseorangan atau kumpulan bermotorsikal kuasa besar, berkereta hinggalah yang menggunakan perkhidmatan bas-bas persiaran.
            Dahulupun sudah begitu keadaannya. Cuma sejak akhir-akhir ini pula menampakan lebih ghairahnya. Apa yang hendak penulis ceritakan ini adalah khusus kepada peminat udang galah dari kalangan melayu dan Islam yang datang ke sana semata-mata untuk menikmati masakan tersebut.
            Sebelum inipun, penulis ada menulis mengenai perihalrestoran udang galah di situ (baca di sini). Oleh itu, fikir-fikirlah dua tiga kali sebelum membuat keputusan untuk makan di restoran-restoran cina di Tanjong Tualang. Atau, dapatkan maklumat penuh dengan JAKIM sama ada ada atau tidak dan jika ada yang mana satu restoran cina (udang galah) di situ yang halal di makan masakannya.
            Apa yang penulis katakan ini adalah buat setakat ini memang belum ada satu pun restoran cina di situ yang menyediakan masakan udang galah yang berstatus halal atau mendapat sijil halal daripada JAKIM.
            Sedikit kesal penulis terhadap penerbit dan wartawan TV3 yang menyediakan slot berkenaan kerana mereka tidak memaklumkan tentang status kehalalan restoran-restoran tersebut. Barangkali kru-kru teruja dengan sajian makan udang galah percuma kah?
            Sepatutnya, wartawan terbabit mendapatkan maklumat tersebut daripada JAKIM dan sebutlah sebaris dua ayat di akhir slot itu. Misalnya: bagaimana pun maklumat yang terima, semua restoran yang diusahakan oleh peniaga-peniaga cina di situ adalah........
            Ini penting kerana pertama kesemua peniaganya adalah orang cina dan kedua apabila ia tidak dimaklumkan dengan jelas ini menyebabkan ramai melayu yang beranggapan restoran-restoran tersebut menyediakan makanan halal.
            Beberapa melayu Islam yang sempat kami maklumkan status tersebut ada yang menerima kenyataan itu dan ada yang tidak dengan alasan TV3 tidak sebut pun soal itu lalu mereka menganggap ia adalah restoran halal untuk orang Islam.
            Untuk makluman, semua restoran cina di pekan kecil itu menyediakan minuman beralkohol (beer dan yang seumpamanya) dan masakan daging babi, ayam itik yang tidak disembelih secara Islam. Masakannya juga dicampuri dengan sejenis alkohol sebagai penambah penyedap rasanya.
            Masalah timbul apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya juga pernah makan dengan hidangan udang galah di salah sebuah restoran terkenal di situ ketika beliau membuat lawatan kerja ke situ beberapa tahun lalu. Bukti bergambar tidak dapat dielakkan sebagai bukti. Malah, bagi pemilik atau taukeh restoran itu, bukti bergambar itu amat berharga baginya. Selain dijadikan kenangan manis, gambar juga boleh dijadikan kempen untuk perniagaannya sekali gus memerangkap kalangan orang-orang melayu.
            Untuk soalan itu, biarlah pegawai jabatan agama Islam Perak (Jaip) dan anggota cawangan khas dan risik yang menjawabnya. Tentulah mereka lebih tahu dan lebih bertanggung jawab terhadap isu tersebut.
            Barangkali mereka (Jaip/risik/cawangan khas) menyaksikan sendiri kesemua peralatan memasak termasuk pinggan mangkok, cawan, sudu, garfu, senduk, pisau, kuali dan sebagainya telah disamak atau memang di beli baru kesemuanya. Apakah peti sejuk tempat menyimpan bahan-bahan basah juga sudah di samak atau memang peti sejuk yang baru khusus untuk rombongan Najib. Wallah hu'allam, penulis tak tahu!
            Untuk majlis itu (Najib) mungkin betul tetapi sebelum dan selepasnya tidak ada jaminan khusus daripada pihak berwajib. Jadi, fikir-fikirkanlah. Tulisan ini bukan bersifat perkauman tetapi adalah atas nama najis dan bkan najis serta haram dan halal. Itu sahaja.
            Namun, jika semua restoran tersebut termasuk yang Najib dan rombongannya di sajikan tempoh hari telah mendapat sijil halal atau digazetkan halal, penulis minta maaflah...

Jagindas:  Sekadar info, tepuk dada tanya selera..



1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.