Ahad, 19 Januari 2014

ISLAM ATAU TUDUNG?

Gambar Hiasan
Apa Sebenar Yang Tersirat...

KES seorang guru wanita muaallaf yang diarahkan membuka tudung jika mahu bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Johor, baru-baru ini, menarik perhatian saya untuk dibincangkan sedikit. Bukan untuk mengapi-api perkara yang sudah dianggap selesai tetapi elok untuk semua rakyat Malaysia insafkan kembali dimanakah sebenarnya isu tersebut berselindung.
            Benar, guru berkenaan dikatakan menyembunyikan fakta dirinya sebagai orang yang telah memeluk Islam. Di kira salah juga. Apa yang hendak disembunyikan kerana ia boleh mengelirukan khalayak.
            Guru besar juga bersalah, apa salahnya orang Malaysia memakai tudung? Dimanakah akta atau prosedur yang menghalang pelakuan itu? Tiada. Tiada dalam pekeliling mahupun hukum hakam yang termaktub dalam perundangan negara yang menegah orang bukan Islam menutup auratnya atau berpakai sopan (?).
            Apa yang jelas, orang Islam (lelaki dan wanita) diwajibkan menutup aurat berdasarkan garis panduan yang diperetujui oleh ulamak muktabar dalam keadaan yang sederhana. Yakni tidak melampaui batas sehingga menimbulkan keresahan serta fitnah khlaayak.
            Namun, tidak pula dilarang orang lain (bukan Islam) di negara ini untuk turut bersama-sama menjaga 'aurat' masing-masing. Bahkan, dalam etika berpakaian dalam sektor kerajaan telah diberikan dengan jelas beberapa garis panduan mengenainya khususnya yang membabitkan pakaian wanita.
            Namun dalam hal ini, kakitangan awam yang bukan Islam di dapati ramai yang masih gagal mematuhi etika itu tetapi tidak pernah pula ditegur secara serius oleh ketua-ketua jabatan mereka. Tidaklah pula diketahui sama ada ketua jabatan lebih selesa melihat anak buahnya berpakaian begitu atau tidak tahu menggunakan budibicara kuasanya dengan jelas.
            Guru-guru dari kaum cina (yang bukan muaallaf) juga tidak terlepas daripada gagal mematuhui etika berpakaian itu.
            Justeru, merujuk kepada masalah 'arahan membuka tudung jika mahu bertugas di sekolah itu..' apakah isu itu berkisar kepada masalah agama (Islam) atau terhadap etika pakaian (bertudung) itu sendiri? Harus diingat, Islam menuntut umatnya menutup aurat tetapi tidak pula bermakna setiap mereka yang menutup aurat itu adalah Islam. Demikianlah sebaliknya, tidaklah pula setiap mereka yang tidak menjaga auratnya itu dimaksud bukan orang Islam!
            Nah, apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran pentadbir atau seseorang ketua jabatan yang anti benar jika ada kakitangan yang namanya bukan seperti Islam tetapi memakai tudung? Apakah salah jika Ah Ling (sekadar contoh) seorang wanita cina yang bukan Islam secara rela memakai tudung? Atau pernahkah pula seorang ketua jabatan (sama ada Islam atau bukan Islam) menegur anak buahnya seorang wanita Islam supaya memakai tudung jika mahu bekerja di jabatannya? Belum ada. Setakat hari ini kerajaan Pas pun belum pernah berani mengeluarkan arahan semacam itu!
            Ini jelas menunjuk, bahawa masih ramai lagi rakyat negara ini yang tidak faham apakah sebenarnya yang terhasrat dalam maksud klausa etika berpakaian dalam kakitangan awam. Pandai sebut tetapi tidak faham apa-apa makanya terjadilah insiden seperti itu.
           
Jagindas:  Memang dasar busuk hati!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.