|
Gambar Hiasan |
JANDA SATU MALAYSIA
ERA Datuk Seri
Najib memerintah banyak menggunakan kata kunci 1M (Satu Malaysia). Sudah
bermacam program 1M dilancar dan dilaksanakan. Semua sukses. Semuanya dilakukan bagi merealisasikan slogan kepimpinan
Najib - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Nampaknya majoriti rakyat gembira.
Boleh dikatakan semua pihak dan peringkat merasa tempias dan nikmatnya. Memang
betul-betul 1M. Pembangkang pun sapu semacam juga! Halal tidak ada satu pun
yang haram tapi dalam hati pembangkang masing-masing mesti kata BN haram jadah
kan?
Namun, biasalah bukan senang nak
memuaskan hati semua orang. Itu adalah hakikat hidup. Siapa-siapapun yang
menjadi ketua, pasti akan menghadapi masalah itu. Paling tidak, bagi mereka
yang sudah berumah tangga dan punyai beberapa anak, sebagai ketua keluarga
adakah kita berani jamin yang kita telah memuaskan hati seisi rumah tanggungan
kita?
Jadi, dalam soal ini kita kena ambil
suara majoriti. Yang lain-lain tu nanti kita akan touch-up kemudian.
Cumanya, petang tadi sambil-sambil
bertemu rakan tolan di tapak jualan pasar ramadhan, ada pula yang bertanya: sebagai orang yang bertangung jawab terhadap
hal ehwal pembangunan wanita, tidakkah Najib mahu melancarkan J1M ? Bunyinya
JIM. Tapi bukan Jemaah Islamiah Malaysia. Maksud rakan saya itu adalah JANDA 1
MALAYSIA.
Kata rakan saya itu, ada dua
golongan janda. Pertama, janda muda (bawah 55 tahun) dan kedua janda emas (55
tahun ke atas).
Mengarut betul! Tapi, Tak apa, rakyat bebas bersuara. Mana
tahu entah-entah sudah ada dalam kepala Najib.
Jagindas: Hehehe,
macam perli jer.. Kalau J1M ni dilancarkan, agaknya nak bagi apa yek?