BN kalu mau menang besar kalu mesti kasi
saya jadi calon la, ammak. Ini Samy banyak
kuat wo...
|
Banyak Kuda Tua Kena Rihat Dah..
DEBARAN terhadap pembubaran parlimen
sudah tamat setelah sekian lama 'foreplay'
dibuat oleh Datuk Seri Najib . Sekarang nak tunggu siapa pula calon, bila
penamaan calon dan seterusnya bilalah pulak tarikh mengundinya.
Suruhanjaya
Pilihanan Raya (SPR) kata, PRU13 akan dilaksanakan tidak lewat pada 28 April
ini. Adakah ia bermakna 27 dan 28 April adalah tarikh mengundi sebagai mencatat
satu lagi sejarah di mana tarikh pilihanraya bertepatan dengan tarikh sebenar
tamatnya sah perlimen Malaysia bagi musim lalu? Semuanya adalah sebarang
kemungkinan.
Namun,
dalam sibuk-sibuk musim pilihanraya ini, muncullah suara yang kononnya dialah
calon yang boleh menang dan bersedia bertanding di mana saja dengan jaminan
beliau akan menang. Kuda tua ini namanya Samy Vellu. Loya dan nak termuntahlah
pulak apabila membaca kenyataan Samy.
Agaknya
dia tak sedar yang macam-macam petaka sudah dibuatnya dalam MIC. Dia agaknya
tidak sedar yang perangai anaknya, Vell Paari, sudah menjadi duri dalam daging
kepada Barisan Nasional (BN).
Kepada
Samy Vellu, teman nak ingatkan bahawa zaman mike dah habis. Kalau ibarat filem
tamil, hero dah mati, heroin dah kawin dengan samseng lain. Jangan potong
stimlah. Kalau mike benar-benar jujur sayangkan BN dan MIC, masanya sekarang
mike turun padang dan bantu calon-calon di mana sahaja yang ramai undi India.
Di mana saja yang pengundi Indianya membangkang BN.
Tetapi,
langkah yang paling baik bagi orang-orang macam mike hanya wajar duduk diam
saja di rumah atau berihat di luar negara sehingga proses pilihanraya selesai.
Kenapa? Sebab, ada ketikanya usahkan tengok muka, dengar suara pun orang dah
meluat, potong stim! Kalau ada pihak yang cadang-cadang nak beralih ke BN,
langsung terbantut disebabkan wajah dan suara seseorang macam mike tu.
Bukan
mike saja, puak-puak dalam Umno, MCA dan Gerakan pun sama. Ada kuda kuda tua yang
patut dibekukan agar mereka tidak
potong stim! Pilihanraya kali ini amat penting bagi mencari titik fokus BN masa
depan bukan hanya melihat sokongan orang melayu terhadap UMNO dan kerajaan.
Justeru, semua pihak dalam BN harus sedar bahawa setiap langkah dan ucap kata
mereka dalam tempoh singkat ini agar tidak menyebabkan pengundi terpotong stim.
Sebenarnya,
kitapun tahu sama ada khalayak suka atau meluat kat kita namun memang sudah jadi
dasar muka tak malu, nak buat macam mana....
UNDILAH BARISAN NASIONAL!
Jagindas: Dah
mula dengar pemasang bendera tak dapat upah... hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.