Jumaat, 10 Ogos 2012

POLITIK PERKAUMAN


BOLEHKAN DIPISAHKAN DINEGARA INI
PATUHILAH KITAB INI, INSYAALLAH AMAN..
DALAM blog Tun Mahathir, terbaru beliau memaparkan politik perkauman sebagaimana yang kerap ditanya oleh orang ramai kepadanya. [di sini]
            Sebagai bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara ini, tentulah beliau mengimpikan sebuah kerajaan yang tidak berdasarkan politik perkauman sebaliknya hanya menyebut bangsa Malaysia.
            Namun pada masa sama beliau juga mengaku agak sukar mewujudkan keadaan itu  kerana setelah 55 tahun merdeka, perkara asas seperti berbahasa Malaysia dalam perhubungan sesama kaum pun masih belum boleh berlaku dengan sempurna.
            Seperti biasa, saya suka memberikan komen menerusi blog saya. Bagi saya, suasana politik berdasarkan perkauman di negara ini memang tidak boleh dipisahkan. Selagi tiga teras kaum utama (Melayu, Cina dan India) masih memperjuangkan kaum, agama dan budaya masing-masing maka selagi itulah perkauman tetap jadi dasar politik di negara ini.
            Ini kerana, manusia boleh bertolak ansur terahadap nilai-nilai budaya namun tidak dalam bab-bab agama khususnya agama Islam. Orang Melayu yang secara terusnya beragama Islam, tidak akan menerima tolak ansur berkenaan sebagaimana yang terjadi di negara jiran.
            Di Malaysia, sebut Melayu bererti menyebut Islam. Demikian sebaliknya. Justeru, politik berdasarkan perkauman di negara ini akan berterusan sampai bila-bila. Terpulang kepada generasi seterusnya memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara ini demi kepentingan semua pihak.
            Melainkan, orang cina dan India dan lain-lain kaum di negara ini sanggup ikut apa sahaja kata orang Melayu! Selesai. Tetapi itu tidak mungkin....
            Jadi, apakah pilihan yang ada sekarang? Jagalah kaum masing-masing dibawah keutuhan perlembagaan dan rukun negara sedia ada. Barisan Nasional mampu mengemudikannya..

Jagindas:   memang sudah dibegitukan...

PERDANA MENTERI KITA..

ENAM PERDANA MENTERI MALAYSIA  (1957 - SEKARANG)


DARI KIRI ATAS: Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn,
Tun Dr, Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Semoga pilhan raya Umum Ke 13 (PRU13) mampu mengembalikan kegemilangan Parti Perikatan kemudinnya Barisan Nasional (sehingga sekarang) dan UMNO Khususnya.

Jagindas:    daripada wajah mereka, banyak cerita yang tak mampu nak diceritakan.. Apapun, terima kasih banyak-banyak. Allah Taala sahajalah yang membalas jasabaik anda semua!

NAJIB SEMAKIN POPULAR!


Mampukah Meraih Kemenangan Besar?
TUN MAHATHIR

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. [di sini]

MEMANGLAH, tidak dapat dinafikan ketika Najib ambil alih negara, kerajaan berada dalam keadaan lemah. Dilemahkan oleh Pak Lah, kuncu-kuncu dan anak menantunya. Bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan dunia pun tahu!
            Menyedari hal itu, maka Najib telah berhempas pulas untuk meyakinkan semula rakyat negara ini bahawa Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk memerintah negara ini.
            Banyak tolak ansur telah dibuat malah banyak juga 'pengorbanan' telah dilakukan demi memastikan negara tetap aman, sejahtera dan makmur di bawah pimpinan BN. Sehingga, ada benda-bendanya orang Melayu pu tidak berapa nak suka dengan keputusan yang dibuat, namun keterpaksaan memungkin segala-galanya.
            Meskipun, pelbagai tohmahan dan telanjang menelanjangi dibuat oleh pihak pembangkang dan berkepentingan, namun Najib dan barisan kepimpinanannya tetap tenang dan steady mengahadapinya. Kerja dan terus berkerja demi rakyat dan negara sehingga tercetuslah selogan: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diuatamakan.
NAJIB... semakin popular
              Bukan sekadar selogan tetapi telah dipraktikan dari satu bab ke satu bab. Rakyat tahu, rakyat nampak dan rakyat merasainya kecuali mereka yang telah dibuta dan ditulikan hati perutnya. Dan, Najib nampaknya semakin popular. Tun pun akui kepopularan Najib kini semakin mencanak (naik).
            Cuma, yang menjadi kebimbangan sekarang adakah kepopularan mampu meraih kemenangan besar? Sebab, sejauh mana usaha kita telah memenangi hati rakyat sangat sukar untuk ditelah. Soal hati adalah sesuatu yang amat subjektif dan ekslusif! Kerja hati adalah kerja Allah Taala, para malaikat pun tidak tahu!

Jagindas: Ayuh rakan-rakan BN, selesaikan apa juga yang belum diselesaikan sebelum parlimen diisytihar bubar..



Khamis, 9 Ogos 2012

SEBANTAL MIMPI TAK SERUPA


SATU (BANGSA, NEGARA DAN JIWA) - eerrmmm
PM milik siapa kalau PR menang?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata, kalau menang PRU nanti dialah yang akan jadi Perdana Menteri (PM), DAP kata pulak, kalau menang PRU, dia lah yang paling layak jadi PM manakala PAS kata, PAS yang paling layak dan sesuai kerana PAS memperjuangkan Islam.
            Maka, tiga negeri pun, buat tema berasingan bagi menyatakan perasaan masing-masing kepada rakyat. Kedah dengan teman terus berbaktinya, Pulau Pinang dengan imej kebersihan manakala  Kelantan pula menerajui perubahan.
            Apakah bakti itu, kebersihan yang macam manakah dan perubahan yang mana satukah, itu hanya mereka sahaja yang tahu. Itupun, barangkali dalam kepala pemimpin utama mereka sahaja yang benar-benar mafhum makudnya. Rasanya anak-anak buah haram tak faham apapun!
            Yang kerap menjadi persolaan khalayak adalah mengapa jadi begitu? Jawapan mudahnya senang saja, iaitu kerana masing-masing nak jadi Perdana Menteri. PAS kata, dia yang paling layak sebab hanya Islam (Islam cara PAS) yang menjamin kesejahteraan ummah, PKR kata, dia yang paling adil, sama rata sama rasa seperti apa yang Anwar buat (ehem, ehem!) manakala DAP kata, sudah sampai masanya cina perintah Melayu! No more raja, sultan dan Agong. No more! No more hak-hak istimewa, no more! Ha, ambik kau!
            Pusing punya pusing, mereka dah nampak macam tak selesa sebab banyak sangat yang soal dan tanya. Maka, mamak bendahara Anwar pun lantas bangun dan berkata: Itu semua cadangan asal masing-masing sebelum dimuktamatkan, sekarang kami dah muktamat dan sepakat maka Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan tema: Sebangsa Senegara Sejiwa [disini]
            Cantik tu, Satu bangsa - Bangsa Malaysia, Satu Negara - Negara Malaysia, Satu Jiwa - ???   Tak kan jiwa Malaysia kut? Jiwa Malaysia tu macam mana ha? hehehe.. Yang kita ada puntak dipraktik sampai sekarang - Bahasa Jiwa Bangsa. Macam mana?


Jagindas: MCA dan MIC pun mimpi macam tu juga, tapi taklah rakus sangat. Dan UMNO, janganlah leka pulak...