Jumaat, 10 Ogos 2012

POLITIK PERKAUMAN


BOLEHKAN DIPISAHKAN DINEGARA INI
PATUHILAH KITAB INI, INSYAALLAH AMAN..
DALAM blog Tun Mahathir, terbaru beliau memaparkan politik perkauman sebagaimana yang kerap ditanya oleh orang ramai kepadanya. [di sini]
            Sebagai bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara ini, tentulah beliau mengimpikan sebuah kerajaan yang tidak berdasarkan politik perkauman sebaliknya hanya menyebut bangsa Malaysia.
            Namun pada masa sama beliau juga mengaku agak sukar mewujudkan keadaan itu  kerana setelah 55 tahun merdeka, perkara asas seperti berbahasa Malaysia dalam perhubungan sesama kaum pun masih belum boleh berlaku dengan sempurna.
            Seperti biasa, saya suka memberikan komen menerusi blog saya. Bagi saya, suasana politik berdasarkan perkauman di negara ini memang tidak boleh dipisahkan. Selagi tiga teras kaum utama (Melayu, Cina dan India) masih memperjuangkan kaum, agama dan budaya masing-masing maka selagi itulah perkauman tetap jadi dasar politik di negara ini.
            Ini kerana, manusia boleh bertolak ansur terahadap nilai-nilai budaya namun tidak dalam bab-bab agama khususnya agama Islam. Orang Melayu yang secara terusnya beragama Islam, tidak akan menerima tolak ansur berkenaan sebagaimana yang terjadi di negara jiran.
            Di Malaysia, sebut Melayu bererti menyebut Islam. Demikian sebaliknya. Justeru, politik berdasarkan perkauman di negara ini akan berterusan sampai bila-bila. Terpulang kepada generasi seterusnya memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara ini demi kepentingan semua pihak.
            Melainkan, orang cina dan India dan lain-lain kaum di negara ini sanggup ikut apa sahaja kata orang Melayu! Selesai. Tetapi itu tidak mungkin....
            Jadi, apakah pilihan yang ada sekarang? Jagalah kaum masing-masing dibawah keutuhan perlembagaan dan rukun negara sedia ada. Barisan Nasional mampu mengemudikannya..

Jagindas:   memang sudah dibegitukan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.