TIADA SATU PUN BERSTATUS HALAL!
AWAS! Kalau berkunjung ke
Tanjong Tualang, anda akan dapat bertemu dengan papan tanda yang menunjuk:
TANJONG TUALANG, PEKAN UDANG GALAH (seperti dalam gambar).
Memang sejak akhir-akhir ini pekan kecil ini dikenali
dengan nama timangan itu kononnya di kawasan ini banyak terdapat udang galah
jenis air tawar (sungai) dan sejajar dengan itu juga di kawasan ini terdapat
lebih 10 restoran makanan yang menyajikan asas masakan udang galah.
Anda akan dapat melihat kesesakan pekan kecil ini pada
setiap hujung minggu dan cuti umum sehingga menyebabkan kesesakan trafik
berikutan ramai pelancong dari luar dan dalam negara datang bertumpu ke situ
semata-mata untuk menikmati masakan udang galah. Dari Utara, SElatan, Timur,
Tengah dan Singapura. Taiwan dan China pun ada.
Namun, daripada tinjauan yang kulukelio.blogspot.com lakukan, adalah diingatkan bahawa TIDAK ADA SATU PUN di antara restoran-restoran
tersebut yang berstatus HALAL. Oleh itu, orang-orang Islam diingatkan supaya
tidak terpengaruh dengan tarikan udang galah di pekan kecil ini melainkan
membelinya di pasar dan masak di rumah sendiri.
Mudah betul pihak berkuasa tempatan meluluskan papan tanda berkenaan!
Jagindas: Ramai beb, orang Islam yang datang makan di restoran yang
besar-besar di sini. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan pulak tu!Eeee Geli!...buta
ke deme tu???



