Selasa, 18 September 2012

MAHMAKAH KITA SEMAKIN BERASAP!


Rakyat Menunggu Penuh Harap

namun kes ini dilihat tidak mampu menjadi senjata untuk meraih
undi dalam PRU13 nanti

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) difahamkan akan mendakwa Suara Iniasitif Sdn Bhd yang juga ada kaitan dengan Pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menerima dana dari luar negara dengan niat memporak-perandakan negara, insyaAllah akan dapat didengar di mahkamah tidak berapa lama lagi di sini
            Kita mengucapkan syabas kepada pihak berkenaan kerana dalam kes ini nampaknya kerajaan telah bertindak cepat berikutan aktiviti pertubuhan itu bukan sahaja tidak menepati akta SSM malah ia mempunyai tanda-tanda untuk menjatuhkan kerajaan secara provokasi menerusi sokongan luar negara khsususnya Yahudi.
            Semoga, puak-puak yang terbabit dalam kes tersebut diberikan hukuman yang sewajarnya dan semoga rakyat Malaysia akan terus celik akal dalam menilai masa depan negara terutama orang-orang Islam. Pendek kata, apapun yang nak dibuat jangan gelojoh!

            Pun begitu, ramai juga yang bertanya bagaimana pula dengan kes si mamat yang sorang ini serta rakan-rakannya?   di sini dan di sini. Nampak macam dah senyap sahaja? Masih belum siap lagi kertas pendawaannya?


Jagindas:  cuma menyampaikan pertanyaan orang awam....


SEMANGAT TUN BIJA SURA SEDANG MERESAP


ADA YANG SEDANG PENING-PENING LALAT..

PEMIMPIN tertinggi UMNO sudah melahirkan amaran bahawa mana-mana ahli yang mensabotaj parti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti akan dipecat. Malah, setiausaha agungnya, Tengku Adnan berkata tindakan lebih awal mungkin akan di ambil terhadap ahli berkenaan jika terdapat bukti mereka mengkhianati parti.
            Sementera itu, berdasarkan senario keterbukaan politik masa kini, Prof Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan amaran gertakan berkenaan sebagai gimik dan tidak akan memberikan kesan di sini.

Isnin, 17 September 2012

ZAMBRY YAKIN BN TAWAN SELANGOR


PERAK MACAM MANA?


DALAM ulasannya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir  yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri bagi menjayakan matlamat merampas semula Selangor daripada cengkaman pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti di sini.
            Secara jujur, bukan tidak boleh Dr. Zambry nak bercakap tentang politik negeri lain, namun suka saya menasihatkan agar beliau lebih memberi tumpuan kepada kemajuan politik BN di Perak sendiri.
            Beliau kena ingat, BN memerintah Perak adalah atas kemenangan teknikal yang lebih menjurus kepada nasib dan bukan disebabkan kekuatan sokongan rakyat kepad BN. Keadaan ini sama seperti meneka kepala atau ekor ketika melambung syiling.
            Apabila bersembang-sembang diperingkat akar umbi, masih ramai yang tertanya-tanya: selama BN memerintah Perak, apa yang Zambry buat di Perak ini? Itu adalah dari suara Melayu. Kalau didengar dari suara kaum Cina pula: Mesti tukar ma!
            Iklim sokongan rakyat terhadap BN di Perak sebenarnya masih flip-flop. Walaupun kerajaan dengan bantuan para blogger pro-kerajaan berjaya mendedahkan pelbagai keburukan, busuk dan hanyir kepimpinan PR, namun pendirian rakyat masih tidak banyak berubah.

RAMAI AHLI UMNO TIDAK BOLEH MENGUNDI


0.5 JUTA BELUM DAFTAR
keahlian dalam pertubuhan hanya layak untuk bermesyuarat tetapi rakyat yg. berdaftar dgn. SPR berkuasa mengubah kepimpinan negara

 Kebimbangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, terhadap masih ramai ahli UMNO yang tidak mendaftar sebagai pengundi terutama golongan pemuda wajar dijadikan peringatan kepada semua jentera UMNO di seluruh negara. Ketika ini dikatakan lebih 500,000 ahli UMNO di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pengundi. di sini
            Memang tidak dinafikan jentera UMNO kini semakin kuat bekerja bagi memenangi hati rakyat sekaligus menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang akan berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang sebelum April tahun depan.
            Namun, sejak dulu lagi dalam soal pendaftaran mengundi ini, pemimpin UMNO diperingkat akar umbi selalunya meletakkan sepenuh harapan kepada rakyat atau penduduk setempat melakukannya sendiri dengan bersandarkan kepada kempen-kempan yang dibuat oleh kerajaan menerusi media-media.
            Tidak seperti parti politik lain, seperti apa yang pernah saya saksikan petugas-petugas mereka akan merayau-rayau ke kampung-kampung, kem-kem penempatan penduduk dan kedai-kedai kopi dengan melakukan kerja dua dalam satu - Kempen dan Daftar.