Ahad, 7 Oktober 2012

TUNDA LAGI!


Tanda Putera Mangsa Polemik (?)

TIDAK PASTI sama ada khabar angin ini betul atau tidak. Tetapi sudah ada yang bersohseh mengatakan bahawa tayangan filem Tanda Putera terpaksa ditanggungkan lagi selepas persetujuan penayangannya pada 15 November depan dicapai.

BANGUNAN FINAS
            Difahamkan, filem yang menelan belanja RM4.8 juta, karya Datin Paduka Suhaimi Baba, telah melalui pelbagai suntingan demi memuaskan hati banyak pihak terutama tekanan daripada golongan politik. Pastinya puak pembangkang khususnya DAP!
            Barangkali hasil terakhir yang tinggal sekarang sudah tidak lagi memuaskan apa sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengkaryanya - dengan kata lain mesejnya mungkin sudah menyimpang atau hambar.

SUSU DAN MAKANAN BAYI MAHAL


Kerajaan Akui Tidak Kawal Harga

ISMAIL.... Kerajaan tak kawal
KERAJAAN diminta supaya mencari satu langkah khas bagi mengurangkan harga susu formula  dan makanan bayi berikutan harga barangan berkenaan dilihat tidak dikawal sehingga menyebabkan ia begitu mahal di pasaran di sini.
            Berikutan itu, ia merunsingkan ibu bapa khususnya penduduk di luar bandar dan mereka yang berpendapatan sederhana di bandar.
            Tindakan kerajaan tidak mengambil langkah-lamgkah mengawal harga barangan berkenaan juga turut tidak menggalakkan pasangan yang berkahwin di negara ini untuk memiliki banyak anak berikutan kebimbangan mereka untuk menanggong kos susu dan makanan bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua dan tiga tahun pertama.
            Penulis pernah melemparkan isu ini secara ringkas di blog ini di sini. Sebaik sahaja selesai mengikuti pembentangan bajet 2013, penulis melihat kerajaan seolah-olah terlupa memasukkan isu susu dan makanan bayi ke dalam bajet 2013 nya.
            Mungkin juga kerajaan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak memerlukan makanan berkahsiat untuk tempoh tumbesaran pertama mereka. Barangkali kerajaan terlupa bahawa suatu masa dulu pemimpin mahukan rakyat di negara ini vberkahwin dan berkeluarga besar supaya dalam tempoh terdekat negara boleh mencapai kepada 70 juta penduduk.
            Namun, berikutan kos susu dan makanan bayi yang mahal, rata-rata pasangan berkahwin di Malaysia menghadkan antara dua dan tiga anak sahaja untuk satu-satu keluarga. Keadaan bertambah berat kepada pasangan yang kedua-duanya berkerja kerana kos upah pengasuh juga membebankan.
            Justeru, pada pendapat penulis daripada kerajaan membuang duit berbilion-bilion kepada rakyat hanya kerana mahu memberitahu bahawa ekonomi negara bagus, adalah lebih baik ditambahkan lagi subsidi barangan seumpama itu  kerana bagi saya ia lebih bermanfaat untuk kesan jangka panjang.
            Apapun, terima kasih atas segala pemberian.

Jagindas: Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  kerajaan tidak mengawal harga susu formula bayi.




Sabtu, 6 Oktober 2012

NYAH KAU DARI NEGARA INI!

SYED HASSAN SYED ALI

Rakyat Mahu Penderhaka
Dilucutkan Kerakyatan


GESAAN Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, yang mahu dilucutkan kerakyatan mereka yang terbabit menjadi tali barut pihak asing termasuk individu yang bersubahat dengannya bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat wajar disokong serta diambil perhatian berat.
            Bukan sekadar itu malahan seluruh harta dan aset mereka yang ada dan didaftarkan di negara ini hendaklah dirampas. Dengan kata lain, masyarakat mahu mereka dinyahkan keluar dari negara ini dengan sehelai sepinggang.
            Meraka ini kalau duduk dalam negara pun akan menjadi duri dalam daging dan bertindak macam api dalam sekam. Justeru, adalah lebih baik mereka dibiarkan bebas berkokok di luar sana.
            Sehubungan itu, kerajaan diharapkan tidak lagi bersikap lembut hati terhadap semua pihak yang telah didapati jelas mahu meruntuhkan negara apalagi yang mendapatkan sokongan daripada luar.
            Setakat ini, kebanyakan kes kebiadaban yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab terlerai hanya dengan lafaz keinsafan serta permohonan maaf secara terbuka namun akhirnya akan berlaku lagi peristiwa yang sama dalam sinario yang berbeza.
            Mereka perlu dinyahkan dari negara ini! Tidak kira apa status mereka. Semua rakyat seharusnya menjunjung negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat meskipun berbeza dari latar belakang dan dasar politik.


Jagindas: ubati bengkak sebelum bernanah

NKRA JENAYAH DILANCAR LAGI


Hishamuddin Kata itu Dah Tak Penting Lagi 

Cuba anda baca ini di sini  kemudian baca ini di sini
            Apa benda yang Menteri KDN cakap dan apa pula Pengerusi Urus Setia NKRA Bukit, Aman Datuk Ayub Yaakob, cakap.





Jagindas:yakin dan percayalah, indeks jenayah turun naik, naik turun..