Tanda Putera Mangsa Polemik (?)
TIDAK PASTI sama ada khabar angin ini
betul atau tidak. Tetapi sudah ada yang bersohseh mengatakan bahawa tayangan
filem Tanda Putera terpaksa
ditanggungkan lagi selepas persetujuan penayangannya pada 15 November depan dicapai.
![]() |
| BANGUNAN FINAS |
Difahamkan,
filem yang menelan belanja RM4.8 juta, karya Datin Paduka Suhaimi Baba, telah
melalui pelbagai suntingan demi memuaskan hati banyak pihak terutama tekanan
daripada golongan politik. Pastinya puak pembangkang khususnya DAP!
Barangkali
hasil terakhir yang tinggal sekarang sudah tidak lagi memuaskan apa sebenarnya
yang mahu disampaikan oleh pengkaryanya - dengan kata lain mesejnya mungkin
sudah menyimpang atau hambar.


.jpg)

