Sabtu, 17 November 2012

SEMOGA MENDAPAT PENGADILAN SEWAJARNYA


3 Polis Tidak Mengaku Bersalah

Bodoh pun, ya. Baghal pun, ya. Bangang pun, ya. Rakus pun, ya. Kalau ikut loghat orang Parit, cedek kurang ajo, pun ya!
            Hanya untuk kesedapan beberapa seconds untuk menempah bilik percuma bagi tempoh 20 tahun dan latihan sebatan beberapa rotan baca di sini
            Kepada rakyat dan kerajaan Indonesia, bersabarlah. Berilah peluang negara kami menjalankan pengadilan terhadap tertuduh. InsyaAllah, kami telus, adil dan saksama. Percayalah!
            Dan, kepada yang lain-lain di luar sana, buat kerja dengan jujur dan amanah. Janganlah cari-cari fasal. Jangan undang penyakit! Sakit, sakit yop!


Jagindas: Pernah kena rotan 3 liang semasa public caning di sekolah menengah dulu....sakit tidak tapi malu! 

ANTARA KEBIADAPAN DAN HAK BERSUARA

Menjerat Pihak Berkuasa Untuk Bertindak Atau Tidak

IRENE FERNANDEZ  nampaknya semakin mengada-ngada. Barangkali, disebabkan beberapa kebiadapan yang dilakukannya sebelum ini tidak mendatangkan kudis kepadanya mahupun geng-gengnya, maka dia semakin banyak lemak. Kerana terlalu biadap dan durhaka wajahnya pun sudah macam pontianak! Bayangkan bagaimana kalau pontianak menggigal di tengah malam.
            Terbaru dalam laporan dalam The Malaysian Insider , Irene begitu bongkak mempersoalkan artikal 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuaan yang menyentuh hak orang-orang Melayu dan agama Islam yang didakwanya itu adalah punca berlakunya isu diskriminasi kaum di negara ini di sini
            Kebiadapannya itu menyebabkan Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris, meminta Irene memulangkan semula taraf kewarganegaraanya kepada kerajaan Malaysia dan keluar daripada negara ini berikutan dia dilihat sudah tidak lagi taat dan patuh kepada perlembagaan negara  di sini.
            Bagi penulis, bukan Irene sahaja bahkan rakan-rakan serta sekutu dan orang-orang yang mendokong perjuangan Irene ini juga wajar berbuat demikian. Seperti kata Irwan, pergilah cari negara yang bersesuaian dengan hati naruni mereka jika perlembangaan Malaysia ini tidak serasi dengan mereka. Apa yang ditunggu lagi jika hidip di Malaysia ini menyakit dan menyiksakan. Ayuh, silakan dengan segala hormatnya!
            Kadang-kadang penulis pun jadi keliru, ayat-ayat macam manakah yang dikatakan berunsur menghasut, penghasutan, boleh menimbulkan suasana tegang atau tidak aman? Padahal, perbuatan mencabar dan mencabul perlembagaan persekutuan adalah jelas dan terang bersalahan dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Kalau degil juga, wajib ditendang dari negara ini!
            Justeru, tidakkah perilaku Irene itu telah mencabar perlembagaan negara serta kebaculan dan kebiadapannya itu tidakkah boleh menimbulkan suasana huru hara kaum? Atau, ianya akan tersabit sekiranya huru hara itu telah berlaku dan dalam skala besar! Begitu? Begitukah?


 Jagindas:  syarat kelulusan kewarganegaraan dan pelucutan  di sini





Jumaat, 16 November 2012

KHABAR DARI PERLIS..

Letak Jawatan Atas Prinsip


DR JUANDA (kiri) dan MOHSIN (kanan)

BAGUS lah begitu. Kalau rasa sudah letih sampai nak pecah kepala, eloklah letak jawatan. Kalau tidak nanti jadi liabiti pulak kepada parti. Yang lain-lain pun patut contohi budak ini  di sini. Lepas ini jaga anak bini elok-elok! Jangan pulak selepas hantar surat kepada Datuk Seri Najib, ada flip flop. 
            Begitu juga dengan Al-Fadhil ini. Kalau dalam hal-hal agama dan hukum-hakam pun depa tak mau nak sepakat dan sekata, eloklah keluar sahaja dari barisan jemaah berkenaan. Luahkan apa yang tidak puas hati, maka terlepaslah 'hutang' kita di dunia ini dalam bab itu ya sheikh ya seidi ya maulana di sini


Jagindas: Nak pilihanraya ni macam-macam hal ada. Apapun, bagus! Saya setuju... payah sangat kan?


HADI SERU MELAYU JAUHI UMNO


Dakwa UMNO Khurafat Dan Menyesatkan Melayu Islam

HAJI HADI AWANG kata, selamatkan melayu Islam daripada khurafat UMNO klik di sini. Dan Penulis juga tergeli-geli nak kata malah menyeru kepada semua umat melayu Islam di negara ini, selamatkanlah diri tuan-tuan masing-masing daripada kekhurafatan PAS!

            Menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media tersebut, antara lain Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu. Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu".

            Cumanya Tuan Haji Hadi, kalau ada ilmu tapi tak ada akal pun tak jadi juga. Berapa banyak pemandu yang memandu macam orang gila setelah lulus lesen memandu. Sendiri mampus tak apa, masalahnya pemanduan gilanya itu turut menyebabkan ramai yang lain yang tidak bersalah mati sama.