Dakwa UMNO Khurafat Dan Menyesatkan Melayu Islam
HAJI HADI AWANG kata, selamatkan melayu Islam daripada
khurafat UMNO klik
di sini. Dan Penulis juga tergeli-geli nak kata malah menyeru kepada semua
umat melayu Islam di negara ini, selamatkanlah diri tuan-tuan masing-masing daripada
kekhurafatan PAS!
Menjawab
pertanyaan wartawan pada sidang media tersebut, antara lain Abdul Hadi berkata,
"kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu. Nak bawa kereta mesti
kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu".
Cumanya Tuan Haji Hadi, kalau ada
ilmu tapi tak ada akal pun tak jadi juga. Berapa banyak pemandu yang memandu
macam orang gila setelah lulus lesen memandu. Sendiri mampus tak apa,
masalahnya pemanduan gilanya itu turut menyebabkan ramai yang lain yang tidak
bersalah mati sama.
Bersebab dengan pemandu gila itu,
ramai yang telah menjanda. Ramai anak yatim yang sengsara dan macam-macam lagi
kesannya disebabkan pemandu berilmu tetapi tidak berakal.
Demikianlah Abdul Hadi, manusia pun
akan rosak dan merosakkan manusia lain jika ilmu yang dimilikinya dijana tanpa
akal yang sempurna.
Memang, ada ayat yang menyebut bahawa
darjat seseorang muslim itu dibezakan dengan ilmu yang mereka miliki. Ayat ini
pun ahli tafsir kena tafsir dan perjelaskan dengan sejelas-jelasnya berikutan
semakin ramai sekarang ini orang yang berilmu tetapi tersangat sedikit
menggunakan akalnya. Sebab, mungkin ada yang tersilap beranggapan ilmu dan akal
adalah sesuatu yang serupa. Tidak sama sekali. Akal lebih mulia daripada ilmu.
Nah, yang mana satu yang lebih baik
dan wajar diikuti: Mereka yang bertempayan-tempayan
ilmunya tetapi sedikit menggunakan akalnya dalam berurusan sesama manusia atau
golongan yang sedikit ilmunya tetapi tinggi akal serta budinya ketika berurusan
denga manusia. Yang
mana? Yang mana satu??
Akal, akal, akal... Tidak ramai
pemimpin yang bercakap tentang akal malah ramai kalangan pemimpin yang bercakap
tidak menggunakan akal. Kebanyakan mereka merasai hebat apabila sudah berilmu
tinggi!
Justeru, tidak kiralah Hadi atau sesiapapun,
biar sebanyak mana ilmu pun yang tuan-tuan ada, jangan lupa jaga AKAL dan BERAKAL!
Itu sebab, otak manusia Allah tempatkan di atas, hati dalam abdomen (kanan)
manakala jantung di tengah (thorax) sebelah kiri.
Ilmu tidak diisi di dalam otak atau
di kepala. Sebab itu, dalam bahasanya kita sebut: Tuntutlah dan penuhi ilmu di dada. Kita tidak kata penuhilah ilmu di
otak atau di kepala. Bermakna, setepu manapun ilmu yang dituntut, ia tetap
memerlukan akal bagi memastikan kesempurnaan penjanaannya.
Memadailah setakat itu...
Jagindas: Jangan marah ha, penulis cuma menikmati erti kebebasan
bersuara dan kebebasan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.