Ahad, 18 November 2012

HATI-HATILAH MENIKAHI JANDA


Kalau Setakat Nafsu Saja Yang Kuat....

BIARLAH Pas menyelesaikan muktamarnya, barangkali hari ini tamatlah. Sudah tentu pelbagai resolusi dan solusi yang bakal dipaterikan. Dan yang paling menarik tentunya isu-isu yang berkaitan dengan pilihanraya. Apa-apa pun penulis hendak tunggu hingga selesai dulu, mungkin malam ini atau esok barulah penulis hendak mengulasnya. Itupun kalau dirasakan menarik dan tertarik.
            Membaca akhbar Berita Harian hari ini, dalam slot Dunia/D8/Ahad/18Nov/  memaparkan tajuk:'KONTRAKTOR KERAT TUBUH ISTERI 4 BAHAGIAN'. Kisah ini berlaku di di Mesir (Kaherah) dimana sang suami naik berang lalu mengerat tubuh isterinya kepada 4 bahagian.
            Kontraktor terbabit yang mengahwini mangsa (sebelum ini janda) hilang sabar apabila isterinya itu kerap kali memperlekehkan kemampuan batinnya apbila di ranjang. Tambah menyakitkan hati si suami apabila mangsa mengungkit-ungkit membandingkan prestasi dan aksi bekas lelakinya terdahulu lebih ampuh lagi mengembirakan.
            Berbanding dengan masalah kontraktor berkenaan, kalau pembaca masih ingat, sebelum ini penulis ada memaparkan kisah kehebatan seorang lelaki tua berusia 96 tahun dan isterinya 60 tahun klik di sini
            Penulis juga teringat syarat lawak orang jawa rakan penulis (sayarat WBK) jika sesorang lelaki mahu berkahwin. Katanya, (Sebut dalam loghat Jawa): pertama WARAS - wajib ada kemampuan berfikir yang normal;  Kedua - BERAS - yakni wajib pula berkemampuan zahir untuk menangung anak isteri; manakala yang keempat pula - KERAS - yakni wajiblah mempunyai kemampuan batin yang ampuh.
            Dalam sebulan dua ini musim orang kahwin. Selamat pengantin baru...Kepada yang tidak dapat penulis hadiri majlis tersebut, penulis kirimkan lagu ini  klik di sini. Maklumlah banyak sangat, tak terkejo yop!


Jagindas: Sebelum mengahwini janda, kena selidik dulu profail dia antara lain sebab-sebab di ceraikan termasuklah sejarah kehidupan seksnya. Lepas tu cermin-cerminlah diri. Jangan main ngap saja!

SANTAI HUJUNG MINGGU


Alif Ba Ta Tha...



Jagindas: dan juga di sini


MARI KITA SEMBAHYANG HAJAT


HANCURKANLAH REJIM YAHUDI!



KARPAL SINGH kata, Anwar akan jadi Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihanraya ke13 (PRU13) nanti. Manakala akar umbi Pas kata, Hadi Awang lah orang yang paling layak jadi PM jika PR menang PRU13 nanti.
            Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng hatta Karpal Singh sendiri tidak layakkah?  O... lupa, jadi timbalan ye? Tetapi Hadi bertgas lebih rela menjadi khadam sebab takut dengan tanggungjawab yang amat besar jika jadi PM.
            Dalam bab ini, penulis hormat keputusan Hadi itu. Cuma, adakalanya khadam ni lebih berbahaya daripada tuannya. Tengok apa jenis khadam lah...
            Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir pula berkata, memohon semua ahli jemaah masjid dan umat Islam di seluruh negara sembahyang hajat minta pertolongan Allah menghancurkan rejim zionis, Yahudi Haramjadah. Aminnnn
            Namun, yang telah berlaku di Kelantan adalah sembahyang hajat bermohon agar Allah menghancurkan Umno dan BN  Klik di sini
            MasyaaAllah....


Jagindas: Tak baik PAS buat solat hajat minta Allah hancurkan (K.O) Umno dan BN. Sepatutnya, mintaklah Allah jadikan dengan kehendaknya sama ada Hadi Awang atau Anwar Ibrahim jadi PM. Kan lembut dan sopan bunyinya. Allah Taala suka kepada perkara-perkara yang sopan santun dan lemah lembut.  

Sabtu, 17 November 2012

SEMOGA MENDAPAT PENGADILAN SEWAJARNYA


3 Polis Tidak Mengaku Bersalah

Bodoh pun, ya. Baghal pun, ya. Bangang pun, ya. Rakus pun, ya. Kalau ikut loghat orang Parit, cedek kurang ajo, pun ya!
            Hanya untuk kesedapan beberapa seconds untuk menempah bilik percuma bagi tempoh 20 tahun dan latihan sebatan beberapa rotan baca di sini
            Kepada rakyat dan kerajaan Indonesia, bersabarlah. Berilah peluang negara kami menjalankan pengadilan terhadap tertuduh. InsyaAllah, kami telus, adil dan saksama. Percayalah!
            Dan, kepada yang lain-lain di luar sana, buat kerja dengan jujur dan amanah. Janganlah cari-cari fasal. Jangan undang penyakit! Sakit, sakit yop!


Jagindas: Pernah kena rotan 3 liang semasa public caning di sekolah menengah dulu....sakit tidak tapi malu!