Khamis, 22 November 2012

TOM TOM BAK, TEMPURUNG BULU-BULU


Nasi Belum Masak, Si-Pekak Makan Dulu..


PENGISYTIHARAN  pembubaran parlimen masih belum ada tanda-tanda akan dibuat oleh Perdana Menteri. Yang pasti, ia akan berlaku selepas perhimpnan agung Umno pada hujung bulan ini. Mungkin pada hari itu, mungkin bulan depan, mungkin bulan Januari! Tetapi kalau tidak berlaku juga, Mac sudah barang tentulah. Nak lari kemana lagi..
            Orang Umno nampaknya rileks. Santai dan bersahaja sahaja menanti penisytiharan itu. Apa yang penting pengakuan daripada pemimpin-pemimin mereka bahawa segalanya telah siapsiaga bagi menghadapi pilihanraya PRU13 ini.
            Pas juga katanya begitu. Tetapi, Pas dan rakan-rakan sekutunya dilihat memperhebatkan langkah dan pencak kerana bimbang dengan beberapa tindakan psikologi, fizikal dan material yang yang dilangsungkan oleh kerajaan di bawah tema "Janji Ditepati" akan memberikan bala kepada parti itu yang terlalu banyak berbohong sebelum ini.
            Keghairahan semakin memuncak apabila akar umbi Pas mahukan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13 nanti sementara puak DAP pula mahukan papa hebat Anwar Ibrahim.

Rabu, 21 November 2012

PEMANDU TEKSI PULANGKAN RM2.7 JUTA

SIA KA TIAN..... Amanah

Ka Tian Wajar Terima Penghargaan Negaranya

SIA KA TIAN, 70, sudah mencecah 31 tahun berkerjaya sebagai pemandu teksi di negaranya, Singapura. Ketika usianya kini  7o tahun, sepatutnya beliau  boleh membina hidup senang meniti hari tuanya jika dia memiliki simpanan sebanyak Singapura$1.1 juta (RM2.7 juta).
            Beberapa rakan sebaik sahaja membaca kisah pemandu veteran ini (klik di sini) memberikan pandangan yang berbeza-beza. Ada yang kata Ka Tian bodoh. Ada yang kata Ka Tian nak tunjuk baik konon. Ada yang kata demi publisiti kecil Ka Tian sanggup pulangkan wang itu kepada pemilik (penumpang) yang tertinggal dalam teksinya. Macam-macam rasa dan anggapan timbul. Rasa ini timbul sebab jumlahnya besar! RM2.7 Juta.

LONGKANG GERAI DI TLK. BATIK KOTOR


Bau Busuk Tendang Selera Makan

RASANYA LAMA BENAR sudah kaki penulis tidak menyentuh Teluk Batik di Lumut, Perak. Jadi, pagi tadi penulis sempat meluncur ke sana bersama anak-anak untuk santai-santai. Lewat tengah hari, penulis dan anak isteri bercadang untuk makan tengah hari. Banyak juga pilihan gerai-gerai makanan di situ nampaknya selain mereka yang menjual pakaian, peralatan mandi, makanan ringan, cenderahati dan bermacam-macam lagi.
            Malangnya, tidak sampi seminit  saya duduk di salah sebuah gerai, penulis mengajak anak-anak keluar dan mencari kedai makan di tempat lain. Kenapa? Tak larat nak menelan nasi disebabkan bau longkang di kawasan gerai tersebut teramatlah menjijikan. Bahkan, menelan air lurpun tidak berapa lalu rasanya.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PDRM


TANJONG TUALANG, 20 Nov - Sepasukan Unit Anti Judi Dan Maksiat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman, .......

GAMBAR HIASAN
BERITA petang tadi yang penulis terima menggembirakan penulis dan rakan-rakan.  Dari sumber yang layak dipercayai, seunit pasukan anti judi dan maksiat daripada Bukit Aman telah menyerbu lima perimis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram di pekan kecil tempat penulis tinggal.
            Menurut ceritanya, beberapa orang yang sedang asyik bertaruh nasib juga telah diberkas sama. Melayu semuanya, katanya. Bagaimanapun penulis tidak mendapat detail jumlah mesin dan mereka yang ditangkap.
            Penulis sendiri tidak membilang berapa semua perimis yang menjalankan kegiatan judi seperti itu di pekan kecil ini, namun cakap-cakap mereka yang berpengetahuan bab itu berkata ada lapan perimis kesemuanya. Bermakna, ada tiga perimis yang tidak sempat diserbu oleh unit anti judi dan maksiat Bukit Aman petang tadi.
            Tahniah dan terima kasihlah kepada anggota terbabit khususnya kepada Polis Diraja Malaysia. Syyyyyy..... hanya sebuah pekan kecil tetapi ada lapan perimis judi haram. Yang jadi tukang tanggungnya semua orang Melayu! Tahniah sekali lagi.
            Cuma nak tanya sikit, jangan marah haa: kenapa dari Bukit Aman? Satu lagi, jabatan agama Islam tak dijemput sama ke? Konon kata cakap-cakap tepi jalan, bukan sekadar yang berjudi tetapi pekerja di perimis berkenaan juga banyak orang Melayu!


Jagindas: Kesian.. dahlah Melayu, Islam pulak, lepas tu sanggup bergolok bergadai demi mesin judi...Jabatan agama Islam pun patutnya buat tangkapan mengejut juga!