Rabu, 21 November 2012

LONGKANG GERAI DI TLK. BATIK KOTOR


Bau Busuk Tendang Selera Makan

RASANYA LAMA BENAR sudah kaki penulis tidak menyentuh Teluk Batik di Lumut, Perak. Jadi, pagi tadi penulis sempat meluncur ke sana bersama anak-anak untuk santai-santai. Lewat tengah hari, penulis dan anak isteri bercadang untuk makan tengah hari. Banyak juga pilihan gerai-gerai makanan di situ nampaknya selain mereka yang menjual pakaian, peralatan mandi, makanan ringan, cenderahati dan bermacam-macam lagi.
            Malangnya, tidak sampi seminit  saya duduk di salah sebuah gerai, penulis mengajak anak-anak keluar dan mencari kedai makan di tempat lain. Kenapa? Tak larat nak menelan nasi disebabkan bau longkang di kawasan gerai tersebut teramatlah menjijikan. Bahkan, menelan air lurpun tidak berapa lalu rasanya.
           Agknya, orang Majlis Daerah Manjong tidak pernah makan di situ dan kalau pernahpun, barangkali mereka sudah sebau. Saraf bau hidung mereka agaknya sudah kebal.
            Kalau tidakpun pegawai derah (DO) atau YDP Majlis Daerah, penolong-penolongnya tidakkah  pernah melawati tempat pelancongan yang indah permai itu? Lawatlah seminggu sekali. Takpayahlah nak bermajlis-majlis. Tak lama mana pun, habis lamapun setengah jam duduk di situ tuan-tuan dah dapat rasa apa yang tidak kena. Kena praktislah sikit yop!
            Bukan tuan-tuan tidak tahu, mana-mana kawasan penempatan temasuk kawasan perniagaan sistem longkang amat penting. Hal ini saya fikir memang sudah tersedia maklum dalam ruang lingkup pengetahuan dan kerja tuan-tuan. Tapi, nampaknya terpaksa jugalah penulis mengajar itik berenang!
            Kerajaan negeri panggil orang luar melawat Perak. Kononnya, macam-macam ada di Perak. Perak AmanJaya! Kalau penduduk tempatan pun tak sanggup nak menelan air liur disebabkan bau hanyir yang nak hampir-hampir sama dengan bau reban babi, tak sanggup rasanya penulis nak pelawa rakan-rakan dari negeri lain melawat Manjong. Busuk! Kotor!
            Justeru, Majlis Daerah Majong, kena sensitiflah dalam perkara ini. Bau juga ada kaitan dengan soal-soal kebersihan. Memang, sampah-sarap nampaknya dikutip secara berkala dan kawasan pantai nampak bersih. Kira OK lah, sebab yang lain tu penulis rasa salah pengunjung yang tak reti-reti nak jaga kebersihan!
            Sorry to say, bukan Manjong sahaja, banyak lagi majlis daerah yang tidak ambil berat bab kebersihan longkang ini. Apa  susahnya, kalau peniaga yang salah sebab tak beri kerjasama penjagaan longkang, kenakan saman - baru depa ada akai. Bukan ka?


Jagindas:  Pusa jugalah tok guru ajar siang dan malam,... "bahawa kebersihan itu sebahagian daripada Imannn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.