Rabu, 28 November 2012

HULAMAK KAYANYA...

YA! kaya, kaya, kaya

Punya Pendapatan Berbilion Ringgit dan Berbelanja Hampir RM1 juta Dalam Tempoh 6 Bulan

PENULIS tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut tentang masalah tuntutan penceraian ke atas anak  Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud iaitu Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
            Ini masalah keluarga. Mereka sahaja yang tahu hulu hilirnya. Maka biarlah mereka selesaikannya menerusi mahkamah seperti yang dilakukan sekarang. Apapun keputusannya nanti, itulah yang perlu diterima oleh kedua-dua pihak.
            Cuma, kalau anak ketua menteri itu memiliki pendapatan berbilion ringgit, apatah lagilah bapaknya sendiri!. Dan, macam mana pula agaknya dengan anak-anaknya Taib yang lain-lain.?             Selanjutnya bacalah di sini
            Patutlah beria-ia benar beberapa pihak mahukan Tan Sri Taib Mahmud bersara sahaja daripada memerintah Sarawak. Penulis fikir pun cukup-cukuplah tu..Dah kaya-raya dah...
             Apapun, syukurlah kerana sekurang-kurangnya Barisan Nasional (BN) telah banyak melahirkan melayu/bumiputera yang kaya raya. Kalau sudah ramai yang macam itu, tabung zakat juga tentulah lumayan, kan?


Jagindas: Teringat kata Tun Mahathir bahawa emaknya pernah mengingatkan anak-anaknya supaya berhenti makan sebelum kekenyangan.. 

Selasa, 27 November 2012

AWAS PERMAKANAN ANDA


10 Makanan Yang Membahayakan Kesihatan Orang Malaysia

SEPULUH makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini memakannya sama ada pada waktu pagi, siang mahu pun malam adalah seperti berikut; Roti canai, nasi lemak, nasi goreng, burger, mi kari, mi goreng, minuman susu pekat manis dan ais kerim, makanan bermayonis, segala roti manis dan donut.
            Menurut sumber, makanan tersebut mengandungi kalori yang tinggi iaitu antara 300 dan 1000 kalori. Kandungan kalori sebegitu dikataan boleh menggemukan badan selain daripada membawa pelbagai penyakit beresiko tinggi. Sehubungan itu, mereka yang suka memakan makanan tersebut digalakkan supaya bersenam setidak-tidak berjoging tidak kurang dari 90 minit sehari. Baca selanjutnya di sini


Jagindas: Pagi petang teh tarik.....errmmmm

PENDUDUK KECUT PERUT DENGAN PENDATANG

GAMBAR HIASAN: Selamat datang ke Malaysia...

Mereka Semakin Berani Jadi Samseng

MEMBACA  berita di Akhbar Harian Metro (27 Nov.2012/setempat/p.31) hari ini memanaskan hati, jantung  dan dada penulis. Kisah-kisah kurang ajar pendatang asing di pasar borong seperti selayang beberapa bandar lain memang sudah kerap dipaparkan oleh media. Namun jawapan yang diterima cuma "kita memang pantau", "kita sentiasa pantau..." Di hujung-hujung jawapan yang pasti akan dilontarkan adalah "kami tidak cukup kakitangan..." peerrrrghhhhh
            Pantau apakah bendanya? Perangai pendatang daripada Bangla dan awang hitam daripada Afrika memang memualkan. Orang tempatan nampaknya sudah menikus disebabkan kebiadapan orang luar yang nampaknya semakin tidak menghormati rakyat di negara ini.
            Entah di mana silapnya tidak tahulah tetapi nampaknya kebanjiran mereka dengan tingkah laku yang mengirapkan darah penduduk tempatan semakin menjadi-jadi. Apakah pihak berkuasa juga menikus? Apakah pihak berkuasa atau kerajaan mahu melihat darah orang tempatan menjadi tidak terkawal terlebih dahulu baru nak bertindak ?

MELAYU KATA DURIAN, CINA KATA LOLEN


Kegemilangannya Semakin Terhakis



RAJA BUAH yang diberikan sebagai nama jolokan kepada buah durian sejak berabad lalu sudah tidak lagi relevan. Akhir-akhir ini, di zaman moden ini nampaknya  pokok durian tidak lagi berbuah mengikut musim seperti dulu-dulu dan buahnya juga tidak lagi menjadi kegilaan penduduk tempatan terutama di kalangan masyarakat orang cina.
            Pemilik  dusun durian tidak lagi boleh berbangga dengan hasil buahnya berikutan harga buah itu tidak lagi 'laksana emas' berbanding zaman gemilangnya di zaman tahun-tahun 60an membawa kepada 80an.
            Penulis masih ingat, di zaman gemilang raja buah itu banyak pemilik dusun durian saka pada keluasan dua hektar sahaja, mampu membiaya mereka menunaikan fardhu haji setiap tahun selain menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya sepanjang tahun itu sehingga bertemu musim berikutnya.