GAMBAR HIASAN: Selamat datang ke Malaysia... |
Mereka Semakin Berani Jadi Samseng
MEMBACA berita di Akhbar Harian Metro (27 Nov.2012/setempat/p.31)
hari ini memanaskan hati, jantung dan
dada penulis. Kisah-kisah kurang ajar pendatang asing di pasar borong seperti selayang
beberapa bandar lain memang sudah kerap dipaparkan oleh media. Namun jawapan
yang diterima cuma "kita memang
pantau", "kita sentiasa
pantau..." Di hujung-hujung jawapan yang pasti akan dilontarkan adalah
"kami tidak cukup kakitangan..."
peerrrrghhhhh
Pantau
apakah bendanya? Perangai pendatang daripada Bangla dan awang hitam daripada
Afrika memang memualkan. Orang tempatan nampaknya sudah menikus disebabkan
kebiadapan orang luar yang nampaknya semakin tidak menghormati rakyat di negara
ini.
Entah
di mana silapnya tidak tahulah tetapi nampaknya kebanjiran mereka dengan
tingkah laku yang mengirapkan darah penduduk tempatan semakin menjadi-jadi.
Apakah pihak berkuasa juga menikus? Apakah pihak berkuasa atau kerajaan mahu
melihat darah orang tempatan menjadi tidak terkawal terlebih dahulu baru nak bertindak
?
Semalam
pula, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam berkata mulai Januari depan kerajaan akan membawa masuk pekerja
dari Bangladesh bagi tujuan kerja-kerja di sektor perladangan. Sektor itu dianggarkan
memerlukan kira-kira 30,000 pekerja Bangladesh selepas kemasukan mereka
diharamkan pada 2007 [berita lanjut di sini]
Apa
yang jelas sekarang, yang sedia adapun nampaknya tidak terkawal bagaimana pula
kalau ditambah sebeban lagi. Itu belum di kira mereka yang masuk ke negara ini
secara pintu belakang termasuk pendatang-pendatang lain seperti dari Indonesia,
China, Myanmar dan sebagainya.
Nampaknya,
sikap rakyat negara ini yang diuar-uarkan serata dunia sebagai rakyat yang
berbudi bahasa dan lemah lembut telah disalah gunakan oleh orang luar untuk
memijak kepala rakyat tempatan.
Mereka
nampaknya bukan sahaja tidak bersyukur dan berterima kasih kepada negara ini
kerana memberi peluang untuk mereka hidup mewah sebaliknya cuba memperbodohkan
rakyat tempatan. Atau, memang rakyat Malaysia ini bodohkah?
Sesekali,
tindakan mereka ini mengingatkan penulis kisah silam bilamana portugis memasuki
Melaka sekitar kurun ke 14 atau 15. Habis semua rakyat Melaka kecut perut
melihatkan gelagat Portugis sedangkan terang-terang mereka adalah pendatang
yang tidak diundang! Namun, zaman ini beratus bahkan mungkin mencecah jutaan
pendatang yang datang ke negara ini adalah mereka yang diundang! Ya, tetamu
yang diundang.
Justeru,
kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan,
perlu lebih agresif menangani isu pendatang ini. Amatlah memalukan jika
penduduk tempatan terpaksa tunduk kepada pendatang. Amatlah dayusnya jika
penduduk tempatan menjadi kelas dua di negara sendiri.
Tahu
apa makna DAYUS? Kalau kita dayus kerana 'terdayus', kita kena
cari dan hukum siapa yang mendayuskan kita! Brangkali Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu sama-sama dalam operasi pemantauan pendatang
ini...supaya kita semua (semua rakyat Malaysia tidak terkecuali siapapun) tidak
jadi dayus!
Jagindas: Ah, jangan sampai
jadi seperti itu! huru hara nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.