Kegemilangannya Semakin Terhakis
RAJA BUAH yang diberikan sebagai nama
jolokan kepada buah durian sejak berabad lalu sudah tidak lagi relevan. Akhir-akhir
ini, di zaman moden ini nampaknya pokok
durian tidak lagi berbuah mengikut musim seperti dulu-dulu dan buahnya juga
tidak lagi menjadi kegilaan penduduk tempatan terutama di kalangan masyarakat
orang cina.
Pemilik dusun durian tidak lagi boleh berbangga
dengan hasil buahnya berikutan harga buah itu tidak lagi 'laksana emas'
berbanding zaman gemilangnya di zaman tahun-tahun 60an membawa kepada 80an.
Penulis
masih ingat, di zaman gemilang raja buah itu banyak pemilik dusun durian saka pada
keluasan dua hektar sahaja, mampu membiaya mereka menunaikan fardhu haji setiap
tahun selain menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan
hidupnya sepanjang tahun itu sehingga bertemu musim berikutnya.
Ketika itu, sesiapa yang memiliki dusun durian paling tidak satu hektar pun sudah dipandang tinggi sebagai orang yang "berharta". Malah, menanam durian di susun menjadi satu kemestian bagi mereka yang memiliki tanah biarpun hanya sekangkang kera.
Ketika itu, sesiapa yang memiliki dusun durian paling tidak satu hektar pun sudah dipandang tinggi sebagai orang yang "berharta". Malah, menanam durian di susun menjadi satu kemestian bagi mereka yang memiliki tanah biarpun hanya sekangkang kera.
Gemilangnya
zaman itu, apabila tiba musim durian gugur di kampung-kampung ketika itu bagaikan
satu pesta menjelang setiap pagi. Selain riuh rendah suara peraih, pembeli dan
penjual kenderaan pengangkut seperti lori juga bersusun-susun untuk membawa
buah itu ke bandar-bandar utama.
Tetapi
sekarang tidak lagi... Raja buah ini ada yang menyebutnya durian, di sesetengah tempat lain pula menyebutnya doyan, ada juga sebut deghoyan atau deghiayan.
Tinjauan
rambang penulis terhadap penduduk tempatan mendapati ada beberapa sebab mengapa
raja buah itu tidak lagi menjadi kegilaan rakyat negara ini sebagaimana
dulu-dulu.
Antaranya,
kandungan isi buah itu dikatakan mengandungi banyak kolestrol dan gula. Kandungan
itu berbahaya kepada mereka yang mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis,
gout, gastrik, asma, jantung dan
beberapa penyakit lain.
Oleh
kerana itu, ramai yang tidak menggilainya lagi kerana ditakuti resikonya
terhadap penyakit-penyakit tersebut. Kebetulan pula, penyakit-penyakit seperti
itu adalah antara penyakit yang paling lumrah sekarang. Tidak kira tua muda
sesiapa saja mudah diserang oleh penyakit tersebut.
Sementara
beberapa yang lain pula mengatakan cuaca zaman sekarang yang didakwa terlalu
panas berbanding dua tiga dekad yang lalu turut menjadi faktor menolak masyarakat
kepada menggemari buah berkenaan.
"Durian
boleh menyebabkan suhu badan naik jika dimakan banyak. Ia tidak sesuai lagi
pada zaman ini yang mana cuaca di luar juga terlalu panas tidak seperti
dulu-dulu," kata beberapa penduduk kaum tionghua yang dulunya adalah penggemar
durian.
Dalam
perkembangan sama, pemilik-pemilik dusun juga dilihat tidak memenuhkan dusun
mereka dengan tanaman durian tetapi beralih kepada tanaman komersil lain.
Kebanyakan
mereka hanya membiarkan pokok tua durian saka sedia ada dan kalau adapun mereka
hanya menanam sepokok dua sahaja sebagai tanaman pelapis yang tidak diharapkan
nilai komersilnya.
Demikian
nasib 'Raja' yang pernah memerintah seluruh kaum buah-buahan khususnya di Asia
yang kini hanya berharap kepada bisa durinya sahaja. Harap-harap Barisan
Nasional (BN) akan terus relevan dan relevan forever tidak seperti nasibmu durian....
Jagindas: Ada satu
peribahasa menyebut: Ibarat durian dengan mentimun, digolek binana menindih pun
binasa. Tetapi jangan lupa, apabila durian menjadi tempoyak, sang timun akan
melenyeknya namun kedua-duanya cair dimulut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.