Khamis, 13 Disember 2012

AMARAN KEPADA PENAGIH AIR KETUM

Makmal R&D... Gambar Hiasan

Apabila Ketum Digazetkan Ke Akta Dadah Berbahaya

BEBERAPA HARI Lepas penulis ada membuat komen mengenai nasib "si daun ketum" yang mana pelbagai pihak mahu ianya dikelasifikasikan sebagai bahan beracun dan diaktakan dalam akta dadah berbahaya. cerita lalu klik di sini dan di sini
            Semalam pula, di Dewan Negara, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Khalid Ahmad, meminta Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri meminda akta penyalahgunaan daun ketum daripada akta racun berbahaya kepada akta dadah berbahaya.
            Barangkali, isu ini smakin hangat dibahaskan apabila daun itu kini tela menjadi bahan dagangan yang sekarang mula masuk ke pasaran antarabangasa. Negeri di sebelah utara Malaysia nampaknya ligat menjalan aktiviti penjualan daun dan air rebusan ketum yang dipercayai mendapat samutan luar biasa daripada penduduk  di situ.
            Penulis masih ingat, mengikut cerita orang tua-tuan terdahulu, air rebusan daun ketum memang menjadi sumber tenaga kepada mereka yang berkerja membanting tulang suatu masa dahulu tetapi ia kini telah disalahgunakan apabila rebusan daun berkenaan dicampur dengan "bahan-bahan kimia" lain kononnya bagi menimbulkan rasa khayal yang luar biasa. Mereka berbuat demikian untuk menjadikannya sebagai ganti dadah disamping ketika ini belanjanya juga agak murah.

LTH MESTI URUSKAN YANG WAJIB SAHAJA

Ismee Ismail

Tidak Perlu Layan Tunai Haji Kali Kedua

KELMARIN, penulis memberi komen terhadap Lembaga Tabung Haji (LTH) supaya hanya melayan pendaftaran haji kepada mereka yang buat pertama kali untuk menunaikan rukun kelima itu berikutan wajib haji itu hanya sekali seumur hidup.
            Gesaan ini juga merujuk kepada berjuta lagi yang masih mengharap serta kekangan kouta yang membenarkan jemaah haji ke tanah suci itu.
            Namun, semalam  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Ismee Ismail, menegaskan lembaga itu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka kepada semua pendeposit namun mereka yang sudah menunaikan haji berkemungkinan akan dipilih semula setelah lima tahun melepasi haji pertama.
            Sepatutnya, LTH tidak menyediakan kelonggaran kali kedua setelah jemaah melepasi haji pertama. LTH sewajarnya menguruskan haji pertama sahaja. Sesiapa yang berhasrat menunaikan haji kali kedua mereka sewajarnya tidak menggunakan perkhidmatan LTH berteraskan wajib haji itu hanya sekali.
            Bermakna, dalam bab haji ini, LTH hanya membantu mereka yang buat pertama kali menunaikan rukun kelima itu iaitu berkaitan soal wajib sahaja.
            Pun begitu, kouta haji yang diurus oleh LTH seharusnya kekal atau meningkat setiap tahun kerana dibimbangi pula LTH menyalurkan kouta tersebut kepada pihak swasta. LTH sewajarnya lebih menjurus kepada ibadah wajib haji serta mengetepikan soal-soal perniagaan dalam ususan berkenaan.
            Sehubungan itu, penulis barangkali juga berjuta lagi di luar sana berharap supaya TLH lebih tegas terhadap isu ini dan mengetepikan soal-soal 'adik-abang' dalam pemilihan bakal-bakal haji.


Jagindas: Sebesar manapun status sunat ia tidak akan mengatasi status wajib.

Selasa, 11 Disember 2012

PENGANJUR TIPU PEMENANG

Babitkan Hadiah Benilai USD60,000

Datuk Hamidah Osman ketika merasmikan PIE2012 di hotel Impiana September lalu


DI SATU sudut Harian Metro hari ini (11 Dis/Utara/p.31), ada berita kecil mengenai tiga sahabat yang menjadi pemenang utama dalam satu pertandingan menerusi program 'Perak International Explorace 2012' ditipu oleh penganjur membabitkan hadiah bernilai US$60,000 atau RM183,333.  Salah seoran daripada mereka adalah johan pertandingan berkenaan iaitu Muna Hazwani Mohd Hashim, 26.
            Program antara bangsa membabitkan 10 negara itu berlangsung pada 14 September lalu dianjurkan oleh Zuwira Network Services Sdn. Bhd. Menurut berita itu mereka telah mencuba pelbagai cara dan saluran untuk mendapatkan ganjaran tersebut namun menemui jalan buntu.
            Penulis mencadangkan, jika benarlah ganjaran tersebut milik saudara bertiga dan pihak berkenaan 'bermain wayang' untuk menjelaskannya, maka buatlah laporan kepada pihak polis dan SPRM. Kalau saman menjadi, mungkin boleh dapat lebih daripada itu. Kos mahkamah biar syarikat berkenaan bayar.
            Memang sudah ramai orang Malaysia yang tidak boleh menerima pengajaran secara lemah lembut. Apa boleh buat, itu adalah pilihan mereka. Makanya, balun! Carilah peguam yang bagus-bagus dan bincanglah baik-baik.


Jagindas: Jangan lengah-lengah lagi nanti pejabat SPRM tutup.

RAKYAT PP, KEDAH, SELANGOR DAN KELANTAN


Jangan Terpedaya Lagi...

TIDAK SALAH apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan janji yang lontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kepada rakyat Pulau Pinang, baru-baru ini disifatkannya sebagai janji kembar yang sekali gus mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu menunaikan janjinya sebelum ini. sumber di sini
            Tetapi dakwaan Guan Eng itu adalah untuk BN era sebelum Najib. Apa yang Najib katakan baru-baru ini adalah BN era beliau. Sebab itu dalam perhimpunan agung Umno November lalu, beliau (Najib) turut melafazkan mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyedari kerajaan BN terdahulu telah banyak berbuat silap, alpa, lalai dan terlupa diri sedikit. Ini perkara biasa tetapi perlu dihormati kerana mereka sudah sedar, mahu sedar dan bersedia kembali kepada perjuangan asal.
            Guang Eng tidak boleh menyifatkan kegagalan kerajan terdahulu dengan mengkaitkan sebagai kegagalan BN sepanjang hayat sehingga ke era Najib. Rakyat jelata kena ingat serta faham mengapa peralihan kuasa dalam tampuk BN perlu dilakukan segera kira-kita tiga tahun lalu. Semuanya disebabkan kesedaran dan keinsafan BN terhadap kelalaiannya sebelum ini lebih-lebih lagi dalam era Pak Lah yang diuar-uarkan sebagai kerajaan"bersih".