SEBELUM bercerita lebih
lanjut, terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua pihak terutama Kementerian
Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, dan semua
yang terkait dengan perundangan negara. Tulisan kali ini bukan menyokong
penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan beracun yang telah digazetkan oleh
kerajaan sebagai bahan larangan dan menyalahi undang-undang negara. Saya faham
serta mafhum bab itu. Apa yang ditulis ini adalah untuk direnungkan bersama kalau mungkin, barangkali khsusus buat
ahli-ahli farmasi dan Research And Development (RND) perubatan moden dan radisonal:
MENGHARAMKAN sama sekali mewujudkan dadah jenis
sintatik yang membawa kepada hukuman mati mandatori amat dialu-alukan malah
tindakan berat yang sedang berkuatkuasa sekarang amat releven berdasarkan kesan
najis dadah berkenaan terhadap keharmonian dan keselamatan awam.
Dalam
pada itu, negara kita juga turut memiliki pelbagai jenis herba yang banyak
daripadanya dipercayai memberi kesan baik terhadap kesihatan atau dunia
perubatan tradisonal seperti yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita
dahulu.
Namun,
pihak berkuasa dan kementerian kesihatan mendapati ada antara herba tersebut
pula dipercayai mengandungi bahan beracun disamping kebaikannya yang dipercayai
boleh mengakibat kesan sampian lain terhadap manusia.
Demikian
juga, Daun Ketum atau Daun Biak, juga dikatakan mempunyai khasiat
tertentu tetapi disahkan mengandungi bahan beracun mitraginin yang
memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan manusia.
Menurut
orang tua-tua, air rebusan ketum diminum oleh orang dulu-dulu sebagai amalan,
segelas pagi dan segelas malam. Ini selalunya diamalkan oleh mereka yang
berkerja keras membanting tulang empat kerat. Dengan kata lain air rebusan
herba berkenaan dipercayai mampu memberikan tenaga tambahan atau memulihkan tenaga selepas bekerja.
Beberapa
pesakit kencing manis tegar yang mengamalkan meminum air ketum (tujuan
perubatan) mendakwa kembali pulih malah luka-luka yang sudah dijatuhkan hukum
potong oleh doktor pun menjadi pulih seperti sediakala. Mungkin juga secara
kebetulan(?).
Dalam
satu kes lain, seorang pengidap masalah premature ejaculation mendakwa dia
mampu mengawal masalah itu setelah mengamalkan minuman air berkenaan. Ada juga
berkata, air tersebut telah mengurangkan derita penyakit buasir yang
dihidapinya sekian lama.
Justeru,
maksud saya di sini adalah, tidakkah pihak terbabait berusaha untuk membuat Research and Development (RnD) menjadikan
sumber herba ini sebagai satu daripada hasil perubatan (modern atau tradisonal)
berdasarkan amalan yang pernah dilakukan oleh mereka terdahulu.
Walaupun
ada beberapa herba yang didakwa memiliki bahan beracun, tidakkah teknologi hari
ini mampu mengekstrak kompenan racun tersebut sebelum menjadikannya bahan yang
lebih baik untuk manusia sejagat.
Disamping
kita melihat bahan-bahan beracun yang terdapat dalam herba tersebut, kita juga
seharusnya mengkaji khasiat-khasiat kompenan-kompenan lain yang terdapat dalam
herba itu untuk dimanfaat. Melainkan kewujudan bahan beracun itu sama sekali
tidak boleh dipisahkan, maka wajarlah diisyhtiharkan herba berkenaan sebagai
herba beracun.
Apa
yang berlaku tindakan awal kita hari ini adalah menghapuskan sama sekali apa-apa
penemuan herba sebaik sahaja mendapat tahu ianya disahkan mengandungi bahan
beracun. Memang, langkah itu betul dan tepat kerana jika tidak rakyat akan
rosak binasa berikutan menyalahgunakan bahan-bahan dadah dan beracun tersebut.
Namun,
sekiranya pihak lain (negara lain) membuat kajian terhadap keistimewaan
herba berkenaan (sebarang herba lain
juga), dan disahkan tidak memberikan kesan sampingan dan ketagihan jika
digunakan untuk penawar penyakit tertentu, maka ketika itu negara telah
kekurangan satu atau lebih sumber perubatan negara berikutan kedua-dua herba
tersebut telah dipupuskan.
Apapun,
haram tetap haram. Sebarang ketetapan yang telah dimaterikan oleh pihak
berkuasa mesti dipatuhi. Kepada mereka yang sedang dan sudah ketagihan
benda-benda haram hendaklah kembali kepangkal jalan.
Jagindas: pagi minum
segelas air rebusan tongkali dan malam makan
kapsul ekstrak tongkat ali. powerrrrrrrrrrr
weh!
ketum ye.... hehehehhhee
BalasPadam