![]() |
Makmal R&D... Gambar Hiasan |
Apabila Ketum Digazetkan Ke Akta Dadah
Berbahaya
BEBERAPA HARI Lepas penulis ada membuat
komen mengenai nasib "si daun ketum" yang mana pelbagai pihak mahu
ianya dikelasifikasikan sebagai bahan beracun dan diaktakan dalam akta dadah
berbahaya. cerita lalu klik
di sini
dan di
sini
Semalam
pula, di Dewan Negara, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Khalid Ahmad, meminta
Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri meminda akta penyalahgunaan
daun ketum daripada akta racun berbahaya kepada akta dadah berbahaya.
Barangkali,
isu ini smakin hangat dibahaskan apabila daun itu kini tela menjadi bahan
dagangan yang sekarang mula masuk ke pasaran antarabangasa. Negeri di sebelah
utara Malaysia nampaknya ligat menjalan aktiviti penjualan daun dan air rebusan
ketum yang dipercayai mendapat samutan luar biasa daripada penduduk di situ.
Penulis
masih ingat, mengikut cerita orang tua-tuan terdahulu, air rebusan daun ketum
memang menjadi sumber tenaga kepada mereka yang berkerja membanting tulang
suatu masa dahulu tetapi ia kini telah disalahgunakan apabila rebusan daun
berkenaan dicampur dengan "bahan-bahan kimia" lain kononnya bagi
menimbulkan rasa khayal yang luar biasa. Mereka berbuat demikian untuk
menjadikannya sebagai ganti dadah disamping ketika ini belanjanya juga agak
murah.