Jumaat, 28 Disember 2012

"MUZIUM KAPAL LAUT TLDM"


Terasa Naik Darah Panglima Tika Menyusurinya
KIRI ke Kanan: ...Haluan kapal, Bahagian tengah dan radar


LANGKAH kerajaan negeri Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadikan kapal KD Rahmat sebagai Muzium Kapal Laut TLDM (MKLTLDM) wajar dipuji kerana kena pada masa, tempat dan agendanya. Muzium tersebut didamparkan di perairan cetek Lumut berhampiran Jeti iaitu kira-kira 2km sebelum sampai jeti Lumut-Pangkor. Kawasannya begitu strategik dan menarik.
            Penulis yang sempat menjenguk muzium itu baru-baru ini merasakan perlu merakam ucapan tahniah serta penghargaan kepada mereka dan agensi yang terbabit membangunkan muzium tersebut. Syabas!
            Setakat ini hari ini ia dibuka kepada orang ramai dari pukul 11 pagi hingga 6 petang di mana pengunjung dikenankan caj masuk sebanyak RM12 bagi orang dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak/budak sekolah/pelajar.
            walaupun ada yang menganggap caj tersebut 'agak' mahal tetapi bagi penulis ia berpatutan berikutan kos pengurusan dan penyenggaraan muzium boleh dikatakan agak tinggi juga.
            Seperti yang pernah penulis ceritakan sebelum ini tentang beberapa projek membangunkan kawasan dan benda menarik di negeri ini khususnya dalam konteks pelancongan yang kemudian terbiar atau dibuat endah tak endah sahaja oleh pihak berkenaan, penulis berharap muzium kapal tentera laut ini tidak di pukul nasib yang sama.
            Ini kerana, sepanjang penulis menyusuri ke segenap lapisan muzium kapal berkenaan, sudah ada tanda-tanda  'kelalaian penyenggaraan'  berlaku. Selain itu, pihak terbabit juga didapati kurang kreatif untuk menjadikan muzium itu lebih menarik dan mampu meruntun hati dan jiwa pengunjungnya.
            Penulis juga sempat berkongsi pandangan inidengan beberapa pengunjung lain yang sama-sama melawat musium tersebut. Seorang pengunjung, dikenali sebagai Latif, 50an, berkata pengurusan muzium seperti itu bukan sahaja memerlukan kepakaran tetapi juga kreativiti yang halus bagi menjadikannya lebih menarik, bermakna serta mampu menarik pengunjung ke situ.
            "Sayang seribu kali sayang, ia bukanlah sebuah muzium buatan tetapi adalah sebuah "Kapal Perang Sebenar" yang mana boleh dikatakan 90 peratus perkakasan asalnya masih ditempatkan di situ," katanya.
            Pada fikiran penulis seorang kampung yang buta teori barang antik dan nilai tarikan pelancong ini, bersetuju dengan pandangan Latif kerana masih banyak benda boleh dilakukan ke atas muzium itu tetapi ia memerlukan kekreativitian yang tajam.
            Justeru, penulis berharap pihak terbabit segeralah bertindak kerana permata sudah ada di depan mata cuma tidak digilap dan dicanai.  Jika tidak permata sekalipun akan tetap dikata kaca.




Jagindas: Letih weh nak cakap benda-benda macam ni. Cerita sebelum ini  klik di sini   dan di sini

SEKADAR MENGUJI MINDA

Tiga Sekawan: Sama Tapi Tak Serupa...



APA yang boleh kita fikirkan?  Ada tiga ekor kera di situ. Ketiga-tiganya nampak intim. Namun, dilihat mata dan fikirannya tidak setumpu arah. Sudah tentu, kalau diletupan mercun, kesemuanya akan bertempiaran dalam arah yang tidak sama juga. Tetapi, kera ni (dan yang se-sepisis dengannya) memang cekap bergayut serta mengenalpasti dahan yang mampu dijadikan tempat menyelamatkan diri. Habitat kera semakin pupus dek perkembangan pembangunan dan permodenan. Justeru, ada ketikanya kera mengancam keselamatan awam!


Jagindas: Banyak perumpamaan yang mengaitkan kera: Macam kera dapat bunga; macam kera kena belacan; Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan; macam kera sumbang; jangan jadi seperti kera........(banyak lagi)


Khamis, 27 Disember 2012

TAMAN PAYA BAKAU MANJONG

Merbahaya dan 'menyucuk mata'....

Indah Dan Meng-asyikan..


KELMARIN, anak-anak penulis mengajak ke Lumut langsung tidur di sana. Mulanya penulis tidak perasan apa sebabnya. Rupa-rupanya mereka (dan ibunya) mahu meraikan hari lahir penulis. Biasalah, kadang-kadang hari lahir sendiri pun terlupa. Bukan kerana sibuk. Tapi semasa kecil dulu hinggalah penulis berkahwin rasanya tidak pernah meraikan hari lahir.
            Orang kampng dan susah pula. Mana nak ingat benda-benda macam itu. Namun, setelah dikurniakan anak-anak, sambutan-sambutan majlis seperti itu selalu pula dibuat. Sekarang, mereka sudah besar panjang. Mereka pula meraikan ayah dan ibunya. Barangkali mereka teringat zaman kanak-kanak dan remaja mereka ketika mana ibu dan ayahnya selalu berbuat begitu. Alhamdulillah.  Ada yang hadiahkan baju, ada yang beli kueh dan kek maka sama-sama. Makan dalam bilik lagi!
            Sudah tak tahu apa nak buat dan ke mana hendak pergi, salah seorang anak penulis mencadangkan supaya kami berlipur di Taman Paya Bakau. Dulu, kita-kira 20 tahun lalu pernah penulis ke sana. Ini kali kedua bersama anak-anak yang sudah besar-besar. Banyak perubahan di situ dan sememangnya menarik. Tenang lagi menyenangkan.

KEUNIKAN PENGHUNI TAMAN PAYA BAKAU, MANJONG

Seekor beruk dengan hasil karyanya....

Kera-Keranya Kreatif Berkarya...


Gambar ini penulis rakam ketika melawat Taman Paya Bakau di Manjong, Perak. Selain daripada menghidangkan keindahan dan keunikan hutan paya bakaunya, di situ juga banyak terdapat kera-kera liar dan ribuan jenis burung yang menjadikan hutan berkenaan sebagai habitat mereka.
            Cuba teliti sebentar kedua-dua gambar tersebut. Satu gambar seekor kera. Dia memang seekor keralah!. Dan, satu lagi gambar hasil karya kera-kera di situ. Cantikkan? Pandai kera-kera di taman itu berkarya!


Jagindas: From Bota With Love...