Ahad, 20 Januari 2013

APABILA ORANG SUDAH SETUJU, ANDA BANTAH

DARI KIRI: Dr. Maza dan Jahya Iskandar

Apabila Orang Keliru, Anda Seru! 

SECARA PERIBADI, saya tidak berminat lagi untuk membicarakan hal-hal berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam kitab-kitab dan media-media dakwah lain bukan agama Islam terutamanya penganut kristian yang berlandaskan al-kitab atau kitab Injil. Kerana, isunya amat jelas dan sudahpun diperakui oleh segenap umat Islam di negara ini hatta rantau asia pun. Fokusnya, kita bercakap Islam dalam konteks negara Malaysia yang kelompok manusianya adalah majmuk. Majmuk budaya, agama dan sosialnya.
            Namun, apabila membaca ulasan daripada Paderi Jahya Iskandar .(Indonesia), penulis teringat akan kandungan ceramah Dr Maza (Ustaz Asri- bekas mufti Perlis) yang dipapar oleh The Malaysian Insider pada 17 Jan lalu
            Penulis pun kadang-kadang naik tidak faham akan Ustaz Asri ini. Dalam banyak hal, beliau menampakkan sebagai orang yang berkecuali dan dan semata-mata berpegang kepada ketetapan yang terkandung dalam Quran dan Hadis. Sifatnya yang begitu bagi penulis adalah sesuatu yang jelas dan tidak boleh dipertikai. Alhandulillah!
            Pun begitu, ada ketikanya pula kenyataan beliau seperti mengelirukan atau lebih tepat penulis anggapkan beliau sengaja mencipta kekeliruan yang dengan itu barangkali membolehkannya berpolemik lebih jauh sekali gus menonjolkan dirinya adalah orang yang mengetahui segala-galanya. Teringat penulis sebuah sajak karya Latif Muhidin berjudul "Songsang" - '...orang duduk, aku berdiri....' (dengan izin)
            Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk orang Islam, cuba baca dengan teliti kandungan kedua-dua laporan media tersebut. Apa kata Jahya Iskandar di sini dan bagaimana pula kata ilmuan Dr Maza (ustaz Asri) di sini.
            Umumnya yang dahulu itu, dahululah. Dan kitab Al-Quran adalah penutup segala kitab-kitab terdahulu.
            Sebelum ini Uztaz Asri mempertkaikan penggunaan kata "Allah" dalam lagu-lagu patriotik negeri dan kebangsaan. Atas isu itu, katanya senikata lagu tersebut juga perlu digubah semula atau orang bukan muslim perlu ada senikata lagu lain yang tidak ada perkataan Allah di dalamnya. Kita bercakap tentang kitab dan media-media dakwah bukannya lagu atau lencana-lencana uniform dan sebagainya. penulis pernah komen pandangannya itu di sini.


Jagindas: Fikir sendirilah!

PAK MAT MILIKI ANUGERAH AJAIB

PAK MAT.... sedang membaiki televisyen
(Gambar Ihsan Utusan Malaysia)

Buta Tetapi Celik Akal

DALAM sesuatu pengisian di majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negara mahupun negeri, selalunya kita akan di pamerkan dengan kehebatan orang-orang tertentu bagi meraih anugerah khas Maal Hijrah. Antara lain tokoh agama, tokoh koperat dan beberapa orang yang diambilkira dari segi pencapaian akademik, sosial ataupun perniagaan.
            Tetapi, bagi penulis orang seperti Pak Mat (Mohd Jaafar Saidin), 59, yang buta sejak lahir tetapi berkemampuan membaiki peralatan elektrik tanpa mendapat sebarang pendidikan formal mengenainya adalah sepatutnya terbaris dalam penerima anugerah berprestej seperti itu dalam kalender Islam [cerita lanjut di sini]
             Namun, ia tidak berlaku begitu kerana kita terfokus menilai kecemerlangan nilai hijrah seseorang itu kepada pencapaian akademik atau kecermerlangan peribadi dalam pelbagai bidang yang berlandaskan formaliti pendidikan atau permerolehan pencapaian peribadinya.

Sabtu, 19 Januari 2013

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI....

Allahyarham Datuk Seri 
Megat Junid


Matilah Dengan Tenang Dan Aman...

JADIKANLAH pengalaman ini sebagai teladan. Kalau boleh, biarlah bila kita sudah menjadi tanah, orang akan menyebut benda-benda yang baik-baik yang pernah kita lakukan semasa hidup di dunia. [contoh kisah di sini]
            Apa lagi perkara yang berkait dengan negara, kalau benda tidak elok, bermacam-macam fitnah akan di sebut orang. Bahkan, barangkali ada benda-benda yang kita buat itu boleh menyusahkan orang lain yang masih hidup atau orang terkemudian dan negara sendiri.
            Memanglah kita sudah mati, apa yang dikirakan lagi. Tetapi, kesan tempiasnya juga kena kepada anak cucu cicit dan bangsa kita sebagai penyambung generasi negara.
            Yang masih bertugas, jalankanlah tugas dengan sempurna serta amanah. Ingatlah kita juga akan mati dan kalau boleh hendaknya selepas kematian kita, hanya yang manis-manis sahaja disebut orang...


Jagindas: Buat baik sehabis boleh..

KALAULAH 40 TAHUN YANG LALU....


Dah lama Terbarai dah....

DALAM program Bicara Minda yang dihoskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini, terdapat sepatah ayat diucapkannya berbunyi: beralah-beralah, lama-lama kalah! Tun, mungkin bercakap atas kapasiti politik dan tentunya ia menjuruskan kepada sikap kepimpinan Melayu agar tidak terlalu mengalah kerana dikhuatiri sikap yang sedemikian akan membawa kepada kekalahan.   Dalam erti kata lain, beralah pun hendaklah ada batas dan tempatnya. Demikian juga bila kita marah atau naik angin, perlu juga berpada-pada dan sesuai dengan tempat dan ketikanya.
            Perbuatan menyebarkan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang berlaku di Pulau Pinang, semalam bagi penulis memang sudah amat melampau. Kalau ianya sebagai perbuatan 'test market", ini sudah melebihi daripada tahap yang sepatutnya. Tindakan puak ini bukan sahaja disifatkan sebagai cari pasal tetapi sudah menjurus kepada mencabar terhadap kesabaran serta tolak ansur orang-orang  Islam.
            Beberapa pihak, masyarakat, NGO dan kalangan politik UMNO segera memberikan reaksi masing-masing dan mengutuk perbuatan tersebut. Langsung, meminta polis dan pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab itu. MCA, Gerakan dan MIC tidak juga! Apa salahnya sokong suara UMNO dan NGO-NGO yang membantah perbuatan biadap itu?!
            Pas dan sekutunya, sehingga hari ini senyap sepi! Tidak hairanlah sebab mereka ini segala-galanya lembab dan bersikap "lambat siang". Dalam isu penggunaan kalimah Allah pun mereka memerlukan banyak masa barulah nak bertaubat! Atas kelemahan-kelemahan orang Islam seperti inilah yang menyebabkan semakin ramai yang berani bertindak biadap serta keterlaluan terhadap orang Islam di negara ini.
            Hari ini pula, Karpal Singh menyanggah keputusan Majlis Syura Pas sehingga dengan biadap dan beraninya meminta Pas menukar keputusan untuk membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah termasuk terjemahan kitab bible dalam bahasa Melayu.
            Nak sehingga macam mana lagi?


Jagindas: Nampak jelas Islam sedang diperkotak katikkan oleh bukan Islam, dan orang Islam.....