Malah, Sewenangnya Jadi Tempat Buruh Indonesia
Selasa, 12 Februari 2013
BARU SEKARANG NAMPAK MUKA WAKIL RAKYAT
Selepas Menang Lima Tahun
Lalu...
BARISAN NASIONAL (BN), optimis akan mendapat
lebih dua pertiga kerusi menerusi plihanraya ke 13 (PRU13) yang akan berlaku
pada bila-bila masa dari sekarang sebelum 28 April ini. Tidak kurang juga pihak lawan menaruhkan
harapan yang sama, paling tidak bertindak menjadikan kerajaan baru nanti goyah (kalau
BN juga) atau tidak kuat untuk mentadbir negara.
Perdana
Menteri (PM), timbalannya (TPM), menteri-menteri, Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri
(KM) kini sedang ghairah mengisi jadual masing-masing bagi mendekati rakyat dan
pengundi. Ini adalah tindakan biasa yang dilakukan oleh parti-parti yang
bertanding yang disifatkan meraih sokongan di saat-saat akhir.
Di
warung-warung kedai kopi heboh orang memperkatakan wakil rakyatnya baru sejak
akhir-akhir ini nampak muka menemui penduduk setelah penggal hampir tamat. Entah
apa yang disibukannya lebih empat tahun lalu tidak pula diketahui. Bahkan, ada
yang sehingga saat-saat akhir seperti ini masih ramai penduduk yang belum kenal
lagi wakil rakyatnya.
Isnin, 11 Februari 2013
PATUHILAH KEHENDAK AGAMA KITA DAN...,
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Hormatilah Nilai Adat Serta Budaya
Melayu Sejati
WAHAI anak muda dan orang Melayu (Islam)
seluruhnya. Janganlah terlalu terpengaruh dengan cara hidup dan cara berfikir
orang Barat terutama dalam urusan menyelesaikan masalah hidup. Janganlah
terlalu berpegang kepada ilmu psikologi dan bila menghadapi sebarang masalah
peribadi.
Sebagai
seorang yang beragama Islam, apapun tindakan yang mahu dibuat hendaklah
diserasikan pula dengan hukum agama (Islam) dan adat kita sebagai orang melayu
(merangkumi nilai-nilai budi bahasa dan kesantunan hidup).
Zaman
moden ini nampaknya ramai yang telah mengetepikan kedua-dua elemen penting itu
. Sebab itu kita lihat bagi yang sudah berkelamin, bila timbul sesuatu masalah,
maka jalan mudah yang diambil adalah tinggal berasingan. Si-isteri akan membawa
diri kononnya mencari ketenangan. Paling teruk pemergiannya itu tidak pula
mendapat restu si suami.
JANGAN AJUK SEMBARANGAN
![]() |
| DATUK DAUD KILAU (di sini) |
Nanti Tak Pasal-Pasal Kena
Pelangkung Pulak!
SEORANG rakan penulis memang pandai mengajuk-ngajuk
atau meniru-niru watak seseorang. Antara kebolehannya dia juga boleh
mengucapkan bahasa loghat macam betul-betul dia itu orang di daerah atau negeri
itu. Kalau dia cakap Kelantan, betul-betul macam orang Kelantan. Begitulah juga
kalau dia bercakap loghat minang, jawa, banjar dan sebagainya.
Suatu
hari dia (R) diuji oleh seorang sahabatnya yang juga tahu cakap loghat Kelantan
(S):
S: Barang
R: Baghey
S: Selam
R: Seley
S: Peram
R: Perey
S: Ani suka buah pelam.
R: Ani suko buah Peley
S: (ketawa
berdekah-dekah) - oghey Kelatey dak sebut lagu tu
R: Kenapa pulok?
S: Bunyi dio agok pelek, key. Cubo mu
sebut semulo..
R: (Merungut-rungut perlahan-lahan kemudian
tersenyum
sendirian) suko buah peley, suko buah peley,suko pley,
suko pl......Ah!
S: Ani suko mangger, la!
Jagindas: Ingat tu, apa benda pun jangan main ajuk-ajuk saja, kena faham betul-betul. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena pelangkung! hehehe..
Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)


