Selasa, 28 Mei 2013

WALAUPUN DILAHIR DAN DIBESARKAN DI SINI 70 TAHUN LALU..

Masih Tak Boleh Berbahasa Melayu!

PENDEK sahaja kisahnya. Kisah biasa. Berlaku di mana-mana di Malaysia ini. Namun, bolehlah dijadikan bahan fikir sebagai warganegara Malaysia yang aman damai ini.
            Kisahnya, seorang nyonya tua lingkungan usia 70an di kaunter bank kerana hendak memasukkan sekeping cek. Barangkali cek urusniaga hariannya atau cek yang diberikan oleh sanak saudaranya atau apa sahajalah!
            Dikaunter, petugas kaunter membantunya mengisikan butiran dokumen yang sepatutnya di isi sambil menyoalnya beberapa soalan. Antaranya, petugas itu meminta dia memberikan nombor telefon. Dia diam sahaja. Petugas bertanya lagi, adakah dia memiliki telefon bimbit (disebutnya handphone). Dia jawab ada. Petugas itu memintanya memberikan nombor telefon bimbitnya. Dan, dia menjawab dengan nada tinggi: GUA MELAYU TAK TAU WO!
            Huh, bangga benar dia dengan jawapannya itu. Petugas itu pun nampak malas nak layan dan terus menyegerakan urusannya. Toleh pula ke kiri, seorang perempuan lingkungan 20an juga sedang berurusan di kaunter. Jenuh nampaknya petugas kaunter itu hendak memahamkan urusannya pada hari itu!
            Habis! Nampaknya, kita perlu perbanyakkan lagi sekolah vernakular dan setiap sektor awam dan swasta perlu ada seorang atau lebih penterjemah bagi melancarkan urusan di kaunter.




Jagindas: GUA CINA TAK TAU WO..... Setannnnn! (perkataan yang last tu pinjam Haji Bakhil punya)

BANK PUN KEKADANG POK KAI JUGA...

Gambar Hiasan
Berbaris Sejam, Tunggu Duit Sejam!

HARI Isnin biasanya adalah hari paling sibuk bagi petugas di kaunter-kaunter perkhidmatan sama ada di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan dan badan berkanun. Bank juga tidak terkecuali akibat daripada pelaksanaan cuti umum pada Sabtu dan Ahad.
            Bagi cawangan bank di kawasan-kawasan kecil, biasanya tidak banyak kaunter disediakan berikutan kesibukan tidaklah berlaku setiap hari. Namun ia tetap dan masih mampu memenuhi kehendak pelanggannya.

Isnin, 27 Mei 2013

TAK RASA BERSALAH DAN TAK RASA MALU

Saiful Apek adalah antara artis yang turut 
dikaitkan dengan salah guna dadah
Alahai...,Artis Melayu Kita...

BARANGKALI disebabkan dia seorang artis (terkenal?) maka dia tidak perlu rasa malu atau sedikitpun rasa bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Tidak kiralah sama ada pertuduhan itu ada kebenarannya ataupun tidak. Bukan pertama kali, malh sudah berulang-kali pun! Lihatlah gaya penampilannya bila gambarnya dirakam. Megah benar nampaknya.
            Kementerian Penerangan, Perbadanan Filem Nasional (finas), persatuan-persatuan seniman dan karyawan seni malah mana-mana badan yang berkaitan dengan karyawan, seniman dan artis di negara ini sewjarnya bertegas terhadap mana-mana artis yang terlibat dengan dadah bagi menjaga imej dunia kesenian dan hiburan di negara ini bebas daripada gejala dadah.
            Sekali gus, kita sememangnya serius menolak mereka yang sedemikian dijadikan ikon arena hiburan dan seni negara hatta sehebat mana sekalipun mereka itu.
            Jika aktiviti hiburan (seniman dan artis) telah diterima sebagai sebuah kerjaya murni maka tindakan tegas daripada semua pihak terbabit terhadap gejalan tersebut difikirkan amatlah perlu. Tiada sebab mengkaitkan hukuman itu sebagai menutup periuk nasi mereka yang berkenaan. Artis dan seniman juga tiada bezanya dengan umat yang lain dalam hal penyalahgunaan dadah.
            Dadah tetap dadah. Salah tetap salah. Maruah tetap maruah. Tiada masalahnya jika tanpa pembabitkan mereka makanya dunia seni dan huburan negara akan menjadi malap dan pudar.
            Kita bukan sahaja perlukan artis yang bermutu dari segi persembahan dan penonjolannya bahkan juga negara perlukan seniman yang berkualiti dari segi penampilan, imej dan perangai!

Jagindas: Piiirahhhhh!


JANGAN TERLALU MELAYAN BUDAK GILA BAHASA

GAMBAR HIASAN: Pengsan...?
Nanti Dera Kita Dibuatnya...

JANGAN takut menghukum terhadap pihak yang memberi susah kepada kita. Misalnya, kalau ada orang minta dibelas kasihan tinggal di rumah kita, kemudian dia bukan sahaja tidak berterima kasih sebaliknya berbuat susah kepada kita maka janganlah takut menghalaunya hatta menghambatnya dengan batang buluh sekalipun.