Jumaat, 31 Mei 2013

7 BULAN AMBIL MASA UNTUK HARAMKAN UMNO..

Apa Kesudahannya DAP??
Muka sadin....macam bagus-bagus
KRISIS dalaman politik Umno pada tahun 1987 mengheret parti itu ke mahkamah. Akhirnya setelah kira-kita tujuh bulan parti itu bertarung di mahkamah maka ianya terpaksa menerima satu keputusan yang amat sukar ketika itu apabila mahkamah memutuskan parti itu diharamkan.
            Namun, atas kebijaksanaan pemimpin ketika itu yang masih meletakkan Umnolah satu-satunya wadah politik terbesar dan terkuat orang Melayu, makanya parti itu dapat didaftarkan semula dan beroperasi sehingga sekarang. Maklumat lanjut sejarah pengharamannya boleh di dapati di sini.

Rabu, 29 Mei 2013

DULU TAKUT-TAKUT, SEKARANG TIDAK LAGI.....

Ramai Guru Sokong PR

AKHBAR Utusan Malaysia, semalam, di ruangan Forum Utusan, ada memaparkan tulisan daripada seorang pembaca yang kesal kerana masih (lebih tepat dikatakan semakin) ramai kalangan guru yang menjadi penyokong pembangkang  di sini. Saya juga pernah menulis hal yang lebih kurang sama dalam entri blog ini beberapa minggu lalu di sini.
            Ini bukan perkara baru. Malah peraturan tidak membenarkan cerita-cerita politik dimainkan di sekolah, di bilik guru dan di mana-mana sahaja dalam kawasan pagar sekolah sudah lama ditegaskan. Ada ditegaskan dalam peraturan perkhidmatan awam dan juga dalam sektor pendidikan sendiri.

Selasa, 28 Mei 2013

JANGANLAH MARAHKAN RAFIDAH AZIZ.....

Dia Pun Dilantik Juga..!
Kan dah nangis....itu le pasai korang..
KES kebongkakan AirAsia masih belum reda (tenang) lagi. Dalam sehari dua ini, Pengerusinya, Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin (KJ) didesak supaya menyatakan pendirian masing-masing terhadap AirAsia. Kecelakaan yang dibawa oleh Azran telah menempias banyak pihak. Azran nampaknya sudah terduduk. Agak-agaknya, kalau tak kuat iman mahu dia tukar dokumen dalam kad pengenalannya daripada bangsa Melayu kepada bangsa Ex-Melayu.., hehehe..
            Apapun janganlah marah Rafidah Aziz. Diapun cari makan juga. Menteri dah habis. Ketua wanita dah tamat. Nasib baik ada orang push dia jadikan Pengerusi AirAsia X. Merasalah juga dia mempengerusikan mesyuarat macam mana dia jadi menteri dulu. Sekurang-kurangnya tidaklah hilang skill di samping itu masuklah juga sekupang dua. Siapa nak bagi?
            Walaupun anak menantu serta cucu semuanya dah OK belaka, namun Rafidah perlu ada rutin hariannya. Kalau tidak nyanyok cepat. Tengok Tun Mahathir yang sentiasa sibuk (sibuk berfaedah, bukan macam budak sorang tu..), masih steady, cergas dan bernas!
            Begitu juga KJ, janganlah lanyak dia macam tu..Dia masih muda dan masih kecil ruang lingkup pemikirannyanya. Berilah dia peluang meskipun ada kalanya dia kelihatan memang lambat siang!

Jagindas: Pecat tukang ubahsuai rumah sebab tidak ikut spesikasi kerja yang ditetapkan. Melawan pulak tu, ambik kau! Satu sen aku tak nak bayar!


KALAU NASA JADI LOMPAT PARTI, ITU BUKAN LAGI CERITA..

Sentuhan Anwar Ibrahim, terkulai Nasa selama 
dua minggu
Berangan Nak Jadi Exco Kalau Tak Dapat Jadi MB

BEBERAPA hari sebelum pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu, penulis sempat menjengah kawasan Parlimen Parit. Kampung Botalah tempat tumpuan utama penulis. Malah, pada hari proses pengundian pun, penulis berada di sana selama setengah hari. Macam-macam cerita ada...Maklum, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...
            Bacaan awal memang menakutkan. Bukan sahaja Datuk Nasaruddin Hashim (Dun Bota) dikatakan kalah teruk, malah ahli parlimennya juga, Datuk Zaim Abu Hasan, juga dikatakan menempa nasib yang sama. Tegang sekejap sehinggalah keputusan di umumkan di mana ketiga-tiganya (Dua Dun dan Parlimen) menang dengan pertambahan majoriti berbanding PRU 2008. Alhamdulillah..