"Manis senyummu YB..." |
Hehehehehe.....Depa Geli!
SESEKALI
bersembang-sebang dengan bekas guru (bersara) ni seronok juga. Dengar pengelaman
lalu mereka dan berbagai cerita perihal cikgu sewaktu mereka menajdi guru dulu.
Ada yang berhajat sangat nak jadi guru besar tapi sampai pencen pun tak
jadi-jadi. Ada pula yang tak bermimpi nak naik pangkat tapi tiba-tiba naik
pulak. Sesudah naik tercengang-cengang! Ada
cerita guru besar mabuk kuasa, anak buah huru. Ada cerita pegawai di JPN dan
PPD berlagak semacam, guru besar gelabah tak tentu kira. Balik ke sekolah
henyak guru-guru. Guru pula terpilanjat (terperanjat lah) nak henyak siapa?
Hehehehe..macam-macam ada..
Cerita yang satu ni lain sikit. Seorang
rakan memberitahu sejak selesai pilihan raya, di bilik-bilik guru masih hingar
bingar dengan cakap-cakap politik. Belum reda lagi (baca: reda bukan redho --
bahasa melayu kita..)
BN sudah menang, PR ternyata kalah.
Namun, katanya apa yang berlaku bertambah ramai pula guru yang semakin berani
menyatakan sokongannya kepada PR khususnya Pas dan PKR. Bukan main puji
habis,katanya. Panas juga telinga mendengarkannya..
Dulu-dulu katanya, selepas pilihan
raya cikgu-cikgu yang menyokong kuat Umno-lah yang meributkan bilik guru. Kah
kah sana kah kah sini. Menang besarlah katakan...Tetapi suara itu jadi menikus.
Cakap pun bisik-bisik..Macam orang kalah. Nampak macam takut-takut.. Agaknya
baru sekarang faham bahawa di sekolah tidak boleh bawak cerita politik! Tapi
bagaimana pula dengan pihak penyokong PR tu? Semakin berani pulak! Adushhh!
Semalam pulak Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian
Tinggi II, P Kamalanathan (gambar) bercadang
membangkitkan isu berkaitan tugas guru sekarang dalam usaha mengurangkan beban
mereka. Hehehe... ini isu basi bang. Dah lama dah benda ni diperkatakan.
Kesatuan-kesatuan pun dah naik berbuih mulut cakap benda yang sama.
YB. P Kamalanathan, yang guru-guru
nak lihat dan rasa adalah "apa bendanya" yang telah diringankan tu? Berapa
kilo nak diringankan. Satu, dua lima, sepuluh kilogram? Maksudnya, tak payah
cakap banyak lagi, bukak fail dan jalankan sahaja tindakan. Takkanlah sejak
dulu sampai sekarang dok asyik kaji, fikir, kaji, cadang, kaji, timbang,.....tak
sudah-sudah. Itu pasai la depa protes dalam senyap.
Adakah anda juga berhak menerima
ucap Selamat Hari Guru? Ok, saya ucapkan selamat hari guru buat YB menteri yang
baru.!
Jagindas: Silent protes macam
silent killer jugak bang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.